Tip Bayi & Anak-anak

Perlu motivasi untuk lakukan pengorbanan

Lusa umat Islam akan sambut Hari Raya Aidil Adha. Bila sebut tentang raya ini, dipanggil juga dengan raya korban dan dah pasti sinonim dengan pengorbanan. Hidup ini perlu melalui pengorbanan. Masa, tenaga, wang, impian dan pelbagai lagi.

Dalam kehidupan berkeluarga, ibu dan ayah tidak boleh lari dari lakukan pengorbanan. Ibu mengandungkan anak suatu pengorbanan besar. Ayah mencari rezeki suatu pengorbanan. Membesarkan, mendidik semua memerlukan tenaga, masa dan wang. Jika ibu dan ayah tidak mampu hadapi ini, itu lah punca masalah keluarga. Akan alami tekanan dan akhirnya anak-anak tidak dapat dididik dengan sempurna. Pincanglah keluarga.

Motivasi penting untuk lakukan pengorbanan ini. Ramai yang lalui tanpa sedar. Contoh mengandungkan anak, motivasinya dah pasti sebab ingin seorang anak. Mencari rezeki walau kena kerja keras, motivasinya sebab ingin kesenangan dapat membeli keperluan hidup. Banyak dilalui tanpa sedar.

Namun adakala perlu mencari motivasi.  Terutama apabila lalui sesuatu luar jangkaan. Kita perlu sedar bila kita perlukan motivasi yang perlu dicari ini. Contohnya jika kita mula rasa segalanya susah dan kita hilang arah tujuan. Terasa seperti hilang harapan.

Bagaimana nak motivasi diri?

  1. Lihat mereka yang lebih susah sebagai perbandingan. Jika kita lihat mereka yang lebih senang, kita akan rasa lebih tertekan. Penting untuk lepaskan diri dari perasaan tertekan agar kita boleh berfikir secara waras. Lihat contoh orang terdahulu. Contohnya seperti kisah nabi Ibrahim yang terpaksa tinggalkan anak dan isteri di padang pasir. Pasti terasa, masalah kita lebih ringan.
  2. Cari ilmu dengan membaca, pergi ke majlis ilmu atau dapatkan nasihat mereka yang pakar. Jangan sesekali berkongsi dengan mereka yang berfikiran negatif.
  3. Pandang pengorbanan kita perlu lalui dari sudut positif. Lama-kelamaan, kita akan bentuk pemikiran apa yang kita lalui sesuatu yang mengembirakan kita bukan menyusahkan kita.
  4. Bila lakukan pengorbanan, jangan mengharap balasan. Ini boleh menyebabkan motivasi kita jatuh bila tiada balasan. Balasan bukan diberi oleh manusia tetapi oleh Allah. Cari dan harap redha Allah.
  5. Baca, dengar dan tontonlah cerita yang postif. Jangan membaca, menonton atau mendengar cerita yang menyebabkan motivasi kita jatuh dan tidak membantu kita langsung. Ada kala menonton sesuatu cerita di tv akan mempengaruhi tindak balas kita.

Sempena hari raya ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.¬† Esok 25 Oktober 2012 merupakan hari wukuf dan puasa hari esok seolah menghapuskan dosa lepas dan akan datang…

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu”. Riwayat: (Muslim).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *