Tip Bayi & Anak-anak

Keajaiban otak, 2 tahun pertama anak yang penting

Otak bayi semasa dilahirkan hanya 25% matang dari fungsi sebenarnya. 2 tahun pertama sel otak berkembang dengan pesat, mencapai sehingga 75% ke 80% otak orang yang matang. Peringkat ini penting untuk ransang dan tingkat keupayaan otak dan minda supaya cekap. Perlu ransangan yang sesuai.

Otak sangat menakjubkan, boleh menyimpan maklumat sepanjang hayat manusia, sedangkan sistem yang manusia reka seperti CD, ensiklopedia mempunyai had yang kurang dari otak manusia. Kajian menunjukan manusia hanya guna 10% potensi otak yang ada, 90% ini pula menunggu untuk digunakan.

Rangsangan boleh meningkatkan kecerdasan otak sehingga 30%. Otak seperti juga anggota badan lain perlu dirangsang. Ransangan boleh dibuat dalam bentuk latihan pengambaran yang kreatif, imaginasi, penyelesaian masalah yang kreatif  dan latihan hubungkait. Rangsangan ini harus dilakukan berterusan hingga ke tahap optimum.

Lebih banyak fakta, lebih banyak otak dapat simpan. Jika banyak fakta, lebih banyak peluang otak berkembang. Begitu juga jika lebih banyak didengar dan dilihat, lebih banyak perkara baru yang boleh dicuba.

Dengan fakta ini, anak-anak boleh dibentuk menggunakan otaknya dengan ransangan untuk melahirkan anak-anak yang pintar. Kepintaran anak boleh dibentuk dengan rangsangan dan diperkembangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *