Tip Bayi & Anak-anak

Ajar anak ke tandas

Toilet training atau ajar anak ke tandas, satu peringkat perubahan pada anak-anak. Anak perlu bersedia menghadapinya. Ibu bapa juga sama, perlu juga bersedia.

Ajar anak ke tandas ini juga sebenarnya memberi perasaan bangga pada anak bila mereka boleh lakukannya. Mereka rasa mereka dah boleh buat tugasan pertama yang berat diberikan oleh ibu bapa.

Pada usia 12 ke 18 bln, anak2 belum bersedia untuk toilet training. Masih belum ada kesedaran sepenuhnya tentang badannya, rasa untuk kawal dan lepas. Ramai yang belum faham kenapa tidak boleh kencing dalam lampin lagi. Namun ketika ini blh mula kenalkan. Cuba kenalkan ‘potty’nya. Tidak mengapa jika dia buat-buat duduk atas potty dia dan lakukan aksi ingin membuang. Ajar selepas itu perlu basuh tangan. Ketika usia ini, anak mula sedar tentang pergerakan kawalan bowel. Anak mungkin berhenti ketika berak atau ada ekspresi muka namun belum bersedia beritahu ibu bapa.

Usia yg sesuai ialah antara 2 tahun ke 2  ½  tahun. Sebaiknya tiada  paksaan. Namun bukan bermaksud biarkan sahaja. Kita boleh berikan motivasi pada anak-anak. Jangan tunjukan perasaan negative. Contoh anak berak dalam lampin, semasa tukar lampin, jangan komen busuk tetapi komen positif galak dia ke bilik air.

“Banyaknya berak. Kalau berak dalam toilet, kang senang, tak payah terbaring masa nak bersih. Lain kali rasa nak berak, bagi tau ya”

Kita boleh perhatikan tanda-tanda anak kita sudah bersedia. Anak mungkin akan berhenti bermain atau mungkin menunjukan rasa tidak selesa selepas membuang. Mereka akan membuat bunyi atau tunjuk lampin dah kotor dan minta dibersihkan. Anak mungkin lagi tidak mahu memakai lampin kerana geli dengan kotoran.

Anak boleh diajar ke tandas dengan anda tunjukan caranya. Minta anak anak juga lakukan. Namun jika anda tidak mahu, jangan paksa. Nak guna tandas dewasa atau potty seat? Pengalaman saya, anak akan takut guna tandas dewasa. Sebaiknya guna untuk kanak-kanak.

Peringkat 1 – biarkan dia pakai lampin dan ajar kencing, duduk atas potty. Biarkan beberapa minggu untuk dia biasa dengan potty dia.

Peringkat 2 – bila anak dah mula terima potty dia, ajar anak kencing dalam potty dia. Jika anak belum sedia buka lampin, tunggu beberapa minggu lagi. Bila dia dah kencing dalam lampin, buka dan ajar kencing atas potty

Peringkat 3 – bila anak berminat dan bekerjasama, ajar guna potty 2 ke 3 kali sehari terutama ketika dia menunjukan tanda ingin kencing atau berak. Ajar duduk ketika kencing atau berak. Puji bila dapat kencing atau berak. Bila anak telah bersedia, minta dia ke potty bila dia ingin buang.

Ada anak yang agak sukar untuk diajar. Ambil masa lama.

Ada beberapa buku yang mengajar anak ke tandas dalam masa yang cepat. Boleh dapatkan buku ini di pasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *