Tip Bayi & Anak-anak

Anak ambil periksa, mama pun ambil sama

Alhamdulillah dah selesai anak kembar saya UPSR. Kali pertama ambil peperiksaan penting. Minggu ni fikiran saya banyak tertumpu kepada mereka. Tidak terasa stress atau tidak tenang, tetapi badan terasa penat. Ummm stress le kut. 🙂

Pada mulanya saya hantar anak-anak ke tuisyen. Anak-anak saya kurang bertanya, jadi saya dapati kurang berkesan. Saya selalu tanya semula apa dia belajar, dan dapat jawapan kurang memuaskan. Jadi saya ambil keputusan ajar sendiri. Masa mula ajar, saya agak panik sebab banyak yang mereka tidak tau rupanya.

Ramai ibu dan ayah sekarang bekerja, tiada masa untuk monitor anak belajar. Selalu hantar ke pusat tuisyen lebih mudah. Boleh hantar, tetapi pastikan pantau mereka faham atau tidak. Saya ajar pada hari Sabtu dan Ahad, sebab hari-hari lain tidak sempat. Susah juga permulaannya, sebab perlu baca dan tahu apa yang mereka belajar.

Sebenarnya anak-anak ini seronok bila ibu ayah beri perhatian. Tetapi kena cara yang betul. Kita mudah nak marah anak kita buat silap. Ini kesilapan yang sebabkan anak tidak suka belajar dengan ibu atau ayahnya. Bila tidak suka, mereka tidak beri kerjasama.

Pengalaman saya mengajar sendiri anak-anak saya juga pengalaman manis. Ini peluang mengenali anak-anak saya juga. Jika kita anggap ini untuk mengajar anak untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, kita akan kecewa bila tidak mendapat apa kita hajati. Jadi saya jadikan ini juga sebagai untuk mengenali anak. Saya dapat rasakan anak-anak saya juga suka apa yang mereka lalui. Perhatian yang diberi.

Saya gembira saat bersama yang telah dilalui, walaupun ada ketika terasa stress. Mereka sudah berusaha, apa keputusan yang mereka dapat, pastinya saya terima apa sahaja.

Website www.mamadamia.com ada sedikit  masalah. Jika sukar untuk membuat pesanan, sila email ke sales@mamadamia.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *