Tip Pemakanan

Masak juadah berbuka puasa yang sihat

Alhamdulillah kini telah hari ke 5 kita berpuasa. Pasti ibu-ibu sibuk memikirkan apa juadah berbuka puasa yang nak dihidangkan setiap hari.

Ramai yang bekerja dan tidak sempat menyediakan sendiri, jadi jalan termudah beli di pasar Ramadan. Terutama ibu yang terpaksa balik lewat dan ibu hamil yang tidak larat untuk masak juadah berbuka puasa. Namun adakala masakan ini cepat basi atau rosak atau juga dah tercemar. Kesannya ahli keluarga alami sakit perut dan keracunan makanan. Pernah terjadi kematian akibat keracunan makanan di bulan puasa beberapa tahun dulu.

Sebenarnya ibu bekerja juga sempat masak dengan membuat perancangan. Jika sampai ke rumah 1 ke 2 jam sebelum berbuka, masih sempat masak. Ada bahan yang boleh disediakan lebih awal. Sekarang banyak juga pasar yang boleh bantu kita siang bahan mentah ikan, ayam dan daging masa kita beli.Jadi dah jimat masa kita nak sedia bahan.

Buat perancangan apa yang hendak dimasak. Jadi bila balik, tidak ambil masa memikirkan apa yang ingin dimasak. Memandangkan masa singkat jadi masak masakan yang cepat dan senang dimasak. Mungkin di hari minggu, berkelapangan boleh masak menu istimewa. Bahan yang sejukbeku letak di bahagian bawah peti sejuk, jadi cepat boleh dicairkan.

Jika masih ada masa boleh sediakan kuih muih yang ringkas dan mudah. Contohnya sardin roll, bihun goreng, mee goreng, tahu sumbat dan banyak lagi resepi mudah disediakan.

Makanan yang kita masak sendiri lebih terjamin bersih. Kita juga boleh pastikan menu yang berkhasiat.

Saya kongsi resepi buat ‘twister’ sendiri dan sardin roll ranggup. Mudah disediakan.

Twister

4 keping Tortilla – original (sy guna brand Mission Wraps)

Beberapa ketul Popcorn chicken(dalam ½ paket, if nak pakai popcorn nugget pun boleh)

Beberpa helai Salad

1 biji Tomato

Mayonis

Sos cili

Minyak untuk goreng popcorn

Goreng popcorn chicken dalam minyak. Angkat. Tortilla dipanaskan. Kalau guna kuali panas1 ke 2 minit. Tidak perlu minyak. Kalau guna microwave 20 saat. Kemudian susun salad, tomato yang telah dihiris dan popcorn chicken tadi. Letak mayonis dan sos cili. Dah sedia dimakan. Boleh juga tambah cheese.

 

Sardin roll ranggup

1 tin sardin

½ Bawang besar

8 keping roti

2 biji telur

Lada sulah

Garam

Minyak masak untuk mengoreng

 

Sardin dihancurkan. Bawang besar potong dadu. Campurkan dengan sardin tadi. 2 keping roti dibakar dan dihancurkan untuk dijadikan serbuk roti. 6 keping roti dileperkan. Letakkan sardin tadi di atas roti yang telah dileperkan dan gulung. Telur dipukul rata. Campurkan sedikit lada sulah dan garam.

Roti yang telah digulung tadi dimasukkan ke dalam telur. Kemudian masukkan ke serbuk roti. Goreng sehingga kekuningan emas. Angkat dan hidang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *