Tip Bayi & Anak-anak, Tip Kesihatan

Masalah jantung bayi

Tadi dalam perjalanan dengar di radio IKIM.FM, tentang penyakit jantung dikalangan kanak-kanak. Tertarik untuk berkongsi tentang masalah jantung bayi

Penyebabnya adalah samada kemungkinan genetik atau faktor persekitaran.

Amat penting ibu hamil ketika trimester pertama menjaga kesihatan kerana ketika ini pendedahan kepada persekitaran atau sesuatu yang diambil oleh si ibu memberi kesan kepada pembentukan jantung bayi.

Ibu yang menghidap rubella ketika hamil boleh menyebabkan masalah ini. Di Malaysia, ramai kaum wanita telah disuntik dengan suntikan rubella ketika di sekolah menengah sebagai langkah kawalan.

Selain itu, ubatan yang diambil boleh juga menyebabkan masalah ini. Kena pastikan ubatan yang diambil didiskripsikan oleh doktor dan selamat untuk ibu hamil. Begitu juga ibu yang mengambil dadah, minum alkohol atau menghisap rokok mungkin memberi kesan kepada pembentukan jantung bayi.

Ibu yang hamil selepas umur 40 tahun berisiko mempunyai anak down sindrom. Anak-anak ini berpotensi mempunyai penyakit jantung. Namun tidak semua anak down sindrom akan alami penyakit jantung.

Ketika hamil boleh buat pemeriksaan dengan mengambil air ketuban untuk diperiksa. Dan mungkin juga dapat dikesan dengan menggunakan scan.

Masalah jantung bayi dapat dikesan ketika bersalin. Doktor perlu membuat pemeriksaan menyeluruh selepas bayi dilahirkan. Namun jika tidak dapat dikesan ketika ini, boleh perhati beberapa simpton pada bayi itu. Selepas beberapa bulan dilahirkan tekanan darah rendah dan kulit bayi bertukar biru menunjukan darah tidak mengalir dengan lancar. Selain itu bayi akan menghadapi masalah pernafasan mudah tercungak-cungak, masalah untuk menyusu dan berat yang kurang.

Jika anda dapati sebarang masalah-masalah di atas pada bayi, bawa jumpa doktor segera. Mungkin bukan masalah jantung. Namun jika benar, langkah seterusnya boleh diambil segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *