Tip Bayi & Anak-anak

Penting pantau perkembangan anak-anak

Perkembangan anak mengikut umur penting dipantau. Perkembangan yang lewat mungkin menandakan masalah pada anak-anak.

Biasa masyarakat kita ini kurang mengambil berat tentang kelewatan perkembangan pada anak-anak. Sering diabaikan dengan alasan ‘nanti baik le’, ‘nanti pandai le’, ‘itu perkara biasa, budak lain pun begitu’.  Malah ada kala mereka yang berkaitan seperti doktor juga mengabaikan perkara ini dengan memberi alasan yang sama. Anak bermasalah ini dibiarkan begitu sahaja.

Sebenarnya kelewatan perkembangan pada anak-anak jika dipantau dari awal dapat mengesan masalah yang dihadapi. Terdapat simpton-simpton tertentu yang menjadi petunjuk kepada apa jenis penyakit atau masalah dialami. Pengesanan diperingkat awal penting untuk membantu kanak-kanak supaya mampu membesar seperti biasa atau tidak menjadi  mangsa label seperti  malas, bodoh, dengil.

Selain itu, ini juga dapat membantu kanak-kanak ini membentuk jati diri mereka jika mereka melalui kehidupan yang sepatutnya mengikut keperluan mereka. Kesilapan diperingkat awal terutama sebelum 6 tahun bakal membentuk diri kerana ketika ini otak kanak-kanak menyerap 90% informasi dan persekitarannya. Ahli keluarga dan orang sekeliling yang tidak memahami keperluan anak ini akan mengalami kesukaran untuk menjaga dan mendidik anak ini. Sedangkan masalah ini jika diketahui dan belajar cara menghadapinya, keadaan akan berubah 360 darjah.

Bila kita lihat anak kita sakit, kita akan bawa jumpa doktor. Jika berkaitan dengan kelakuan atau perangai anak yang berbeza atau perkembangan kurang daripada umur sepatutnya, berjumpalah dengan pakar psikologi atau pakar kanak-kanak yang mahir dengan perbezaan altitude anak-anak. Tak semua pakar kanak-kanak dapat mengesan kelainan. Biasanya jika rasa terdapat kelainan mereka mungkin perlu rujuk pakar lain yang berkaitan. Seperti pakar psikologi juga tidak dapat meneka masalah kanak-kanak. Mereka perlu lakukan ujian tertentu untuk mengetahuinya.

Ada ibu bapa rasa kelainan pada anak-anak mereka namun terus abaikan sehingga telah terlewat untuk membantu anak-anak kita. Kita sebagai seorang dewasa, jika terdapat kekurangan akan rasa rendah diri dan stres, apa tah lagi anak-anak ini. ditambah pula dilabel macam-macam oleh ahli keluarga, guru dan orang keliling sebagai seorang bermasalah. Pada saya bila kita sedar kesalahan kita itu, jangan terus biarkan, cari penyelesaian. Selagi ada waktu, selagi itu belum terlewat.

Saya tulis ini untuk pihak anak saya, Daiyan. Dia akan masuk 6 tahun 25 Sep ini. Syukur saya sedar masalah dia dan ambil tindakan. Perangai dia berubah 100%. Mama sayang Daiyan…

1 thought on “Penting pantau perkembangan anak-anak

  1. hi mama damia…sy mempunyai anak sebaya Daiyan.sejak kebelakangan ni saya semakin risau dan bimbang tentang perkembangan anak sulung saya ini.Sebab sudah 2tahun pergi ke sekolah tp perkembangannya agak menghampakan saya.Cuma sejak kebelakangan ni naluri keibuan saya semkin bimbang dan risau dan berfikir mungkin anak saya ini Dyslexsia.Tapi orang disekeliling menidakkannya.Tapi selepas saya mambaca n3 mama damia saya jd bersemangat untuk membantu anak saya keluar dari kepompong ini..Hope mama damia sudi share lebih info…

    Salam perkenalan dari saya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *