Berita & pengumuman

Ibu…

Sekarang semakin banyak hari untuk diraikan. Sampai lupalah nak rai hari apa pula. 🙂 Minggu ni sahaja kita rai hari ibu dan hari guru. Orang-orang yang terlalu banyak berjasa pada kita. Tanpa ibu tiada lah kita. Tanpa guru siapalah kita, abc pun tak kenal.

 

Dunia semakin mencabar dengan pelbagai kemudahan yang banyak memberi kebebasan tanpa bantasan. Saya bersyukur saya berpeluang bekerja sendiri sambil mendidik dan membesarkan anak-anak. Saya rapat dengan anak-anak saya, namun dalam masa yang sama tegas dengan mereka.

Anak sulung dah 12 tahun. Masa yang perlu mereka anggap saya sebagai ‘kawan’. Usia begini, usia remaja yang baru hendak kenal dunia, mereka perlu rasa mempunyai ‘ibu bapa’. Jika mereka tidak mempunyai perasaan begini, saat ini mereka akan lebih mempercayai orang lain. Jadi pasti susah untuk membentuk mereka. Pasti apa sahaja kata-kata kita tidak diendahkan.

Tertarik saya menulis isu ini, sebab saya dapat tau dari anak saya, kawan-kawan mereka seusia 12 tahun telah mula melihat sesuatu yang tidak sepatutnya di internet. Merisaukan. Ramai kedua ibu dan bapa bekerja, tiada masa untuk pantau aktiviti anak. Dulu tiada banyak teknologi yang canggih seperti sekarang, pemantauan lebih mudah. Dengan pelbagai kemudahan sekarang, ketegasan ibu bapa perlu lebih untuk mendidik anak-anak.

Bayangkan generasi apa yang akan kita lahirkan dengan anak-anak yang masih mentah telah didedahkan dengan perkara buruk. Adakah anak ini akan mempunyai akhlak yang baik. Melihat kemaksiatan menyebabkan mereka keras hati, denggil dan pasti melawan kita sebagai ibu bapa. Timbul kesukaran kita mendidik anak-anak. Khuatir kita akan mengalah untuk mendidik anak-anak dan akhirnya anak akan hanyut dalam dunia mereka sendiri.

Kesibukan kerja bukan alasan abaikan tanggungjawab. Saya akui saya bekerja sendiri pun terlalu sibuk, lebih-lebih lagi saya tiada pembantu rumah. Jadi saya bahagikan dan rancang masa sebaik mungkin. Mengemas, memasak, bekerja, masa untuk anak dan untuk suami juga. Tiada alasan sebenarnya, tapi semua ini perlukan pengorbanan. Korbankan masa berborak, masa tengok tv atau apa yang kita rasa tidak berfaedah pada kita.

Ketegasan mendidik anak bukan bermakna perlu merotan mereka. Kita buat peraturan dan kita tegas laksanakan. Pastikan kita kota kata-kata kita. Biasa kita rasa kesian dan ubah peraturan kita. Sukar didik anak, sebab anak tau nanti pasti kita berubah fikiran.

Sempena hari ibu (pada saya setiap hari pun hari ibu), ‘check’ semula diri kita. Adakah kita telah jalankan tanggungjawab kita. Pengorbanan kita hari ini, hasilnya akan kita tuai semasa kita tua kelak. InsyaAllah.

 

Promosi ulangtahun Mama N Damia ® …

Dapatkan harga istimewa, sila layari

www.mamadamia.com

www.mybengkung.com

www.nonaku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *