Tip Penyusuan

Keajaiban susu ibu

Saya amat, amat menyokong penyusuan susu ibu.Ibu yang bakal menyambut cahayamata, tanamkan semangat untuk menyusu susu ibu. Pengalaman saya, anak yang menyusu susu formula dan susu ibu jauh beza. Yang pasti terlalu banyak kebaikan susu ibu ini. Susu ibu ni susu ajaib untuk bayi yang tidak boleh diganti dengan susu formula!

Kebaikan susu ibu kepada bayi

  • Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi. Kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan. Jika makanan pertama bayi adalah kolostrum, ia akan menjadi lapisan pelindung dalam usus bayi yang dapat menghalang protein asing dan micro organism. Ini akan mengurangkan risiko alahan dan infeksi. Kolostrum juga mengalakan pembuangan najis awal iaitu najis meconuim yang dapat mengurangkan kuning pada bayi baru lahir.
  • Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi kesemua nutrien termasuk fatty acids yang mengandungi DHA yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Komposisi susu ibu dan susu binatang adalah berbeza. Susu lembu tidak mengandungi vitamin E dan essential fatty acids yang mencukupi. Selain itu susu lembu mengandungi lebih protein, sodium dan potassium yang mungkin menyebabkan tekanan pada buah pinggang bayi yang belum matang. Protein dan lemak ini juga lebih sukar dihadam dan diserap berbanding dengan susu ibu. Kerana itu susu ibu mudah hadam.
  • Ianya mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap. Rasanya sentiasa berubah-ubah.
  • Susu ibu pada peringkat awal adalah cair untuk menghilangkan dahaga, kemudian susu akhir adalah susu yang pekat untuk mengenyangkan bayi. 1 kali penyusuan telah lengkap untuk keperluan bayi. Berbeza dengan susu formula yang sama kadar kepekatannya.
  • Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat dan juga dari segi perkembangan daya intelek yang lebih baik.
  • Susu ibu dapat mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain.
  • Mengurangkan risiko alahan dan asma kepada bayi
  • Mengurangkan masalah gigi dan ortodontik
  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia, jangkitan usus, cirit birit, jangkitan saluran kencing dan jangkitan telinga pada bayi
  • Dalam jangka panjang ketika dewasa, pengambilan susu formula, meningkatkan risiko penyakit Crohn, leukaemia, kanser payudara dan obesiti.

Kebaikan susu ibu kepada ibu

  • Dari segi kesihatan penyusuan susu ibu dapat membantu mempercepatkan pengecutan Rahim. Kontraksi ini membantu mengelakkan tumpahan darah
  • Mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • Mempercepatkan proses pengurangan berat badan. Pemakanan juga perlu dijaga. Lemak berlebihan yang tersimpan ketika hamil akan digunakan sebagai tenaga dan nutrisi untuk pengeluaran susu. Penting juga jaga pemakanan. Pastikan seimbang dan tidak berlebihan, boleh menurunkan berat badan.
  • Penyusuan dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Ketika penyusuan susu ibu, bayi akan didakap oleh si ibu. Pandangan mata si bayi juga akan tertumpu kepada ibunya. Sebaik sahaja bayi dilahirkan anda patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda. Ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1 hingga 2 jam pertama. Bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini. Bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama
  • Tidak seperti sangkaan orang, penyusuan tidak menyebabkan osteoporosis.
  • Menjimatkan wang. Tidak perlu beli susu formula setiap bulan. Selain itu jimat kerana bayi dan ibu lebih sihat, tidak perlu kos rawatan.
  • Mudah tidak perlu penyediaan ketika penyusuan. Jika perlu keluar tidak perlu menyiapkan barangan penyusuan seperti air panas, botol, susu dan sebagainya.
  • Susu ibu sentiasa berubah mengikut masa penyusuan, hari, antara 2 payudara juga berbeza. Begitu juga semakin bayi membesar, susu ibu juga berubah. Walau apa sekalipun susu formula tidak dapat menyamai susu ibu.

 Promosi ulangtahun Mama n Damia sedang berlangsung.

Set Bersalin NR 30 hari RM285

Bengkung Mia 10%

Spectra 10%

dan lain-lain lagi…

sila layari www.mamadamia.com atau www.mybengkung.com atau www.nonaku.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *