Tip Bayi & Anak-anak

MAM Pacifier, puting kosong bayi

MAM Pacifier, puting kosong bayi

 Saya tidak berikan pacifier / soother / puting kosong pada bayi saya kecuali anak kembar saya sebab anak-anak lain semua tolak pacifier /puting kosong. Anak kembar saya bagi sekejab saja. Saya juga cuba elak beri puting kosong, sebabnya ada kesan pada perkembangan gigi bayi. Namun dengan MAM perfect pacifier, mampu elak masalah pertumbuhan gigi ini.

Kenapa perlu beri pacifier atau puting kosong ni? Ada setengah bayi akan lebih tenang dan senyap bila diberi puting kosong ini. Memudahkan penjaga. Bayi secara semulajadi akan suka menghisap, memang reflex bayi. Puting kosong adalah lebih baik berbanding jari, mainan atau barangan di rumah kita yang mungkin lebih berbahaya.

Terdapat kajian mengatakan terdapat kaitan secara langsung penggunaan puting kosong dan perkembangan rahang dan gigi bayi. MAM Perfect Pacifier ini memberi kesan optimal pada perkembangan rahang dan gigi bayi yang sihat Lebih nipis, lebih lembut dan lebih mudah anjal leher puting itu, lebih bagus untuk rahang dan gigi. MAM Perfect Pacifier direka untuk mengurangkan masalah gigi tidak teratur

Perbezaan MAM Pacifier dengan puting kosong biasa

  • Leher puting yang tebal, jadi ruang antara barisan rahang dan gigi akan jadi besar
  • Bentuk dan posisi gigi bayi akan terjejas
  • Akan menjejaskan pertumbuhan gigi kekal
  • Tidak fleksibel memberi tekanan kuat pada gusi, lidah dan rahang

Saya secara peribadi tidak mengalakan penggunaan puting kosong ini. namun bagi ibu atau penjaga yang perlu juga memberi puting kosong ini, pastikan puting diberi sesuai untuk tumbesaran gigi bayi seperti MAM Perfect Pacifier.

Boleh dapatkan MAM Pacifier ini di www.mamadamia.com

1 thought on “MAM Pacifier, puting kosong bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *