Tip Bayi & Anak-anak

Bekerja sendiri

Beberapa hari lepas dah diumumkan mengenai pengambilan pembantu rumah Indonesia. Pada pendapat saya bayaran adalah mahal. Makan, minum, pakai dan bilik pun siap ada bilik khas untuk mereka. Ibu bekerja yang tiada pilihan pasti terasa susah tanpa pembantu rumah. Pilihan samada bekerja sendiri atau tinggalkan anak kepada penjaga anak di pusat asuhan atau akur dengan keputusan begini

Semasa saya bekerja makan gaji dulu, semua ini memang selalu difikirkan. Mana nak letak anak yang masih kecil. Letak di taska, kerap sakit. Ambil maid, tengok cara dia bekerja tak yakin pada dia. Terakhir saya letak di rumah penjaga. Timbul masalah bila suaminya merokok, anak saya kena asma tak boleh kena asap rokok pula.

Sebelum berhenti, setahun saya fikirkan samada nak berhenti atau tidak. Kerjaya sedang naik. Buat solat isytiharah beberapa kali. Akhirnya terjadi beberapa perkara yang menyebabkan saya ambil keputusan nekad untuk berhenti. Setahun itu juga saya dah buat persiapan dari segi kewangan. Setiap bulan sy simpan banyak duit gaji saya.

Syukur saya buat pilihan tepat untuk berhenti. Namun semua itu tak terhenti di situ. Untuk mulakan perniagaan, banyak dugaan saya hadapi. Mujur masa tu masih ‘muda’ 😉 , mampu berkejar ke sana sini dengan anak-anak yang masih kecil. Alhamdulillah berkat kesabaran, akhirnya semua terbalas. Saya dapat apa saya inginkan. Namun keterbatasan waktu dan keinginan untuk lebih tumpukan pada keluarga, saya bataskan waktu saya pada kerjaya bisness saya. Buat masa sekarang bersyukur dengan rezeki dan kebahgiaan yang saya dapat.

Jika inginkan pendapat saya, saya menyokong ibu bekerja sendiri lebih fleksible dan punyai waktu untuk keluarga. namun pastikan juga sanggup buat pengorbanan. Bila bekerja sendiri dan menjaga anak, semua dilakukan sendiri. Tiada cuti sakit atau cuti khas untuk kita. Saya bersyukur punyai suami yang turut membantu saya di rumah.

Tanya diri kita apa kita kehendaki dalam hidup.

1. keluarga saja

2. kerjaya saja

3. seimbang antara kerjaya dan keluarga.

Bila kita ada jawapannya, pastikan pilihan itu memberi kepuasan dalam hidup kita. Ada yang rasa lebih kepuasan punyai kerjaya dan mampu beri kemewahan pada diri dan anak-anak namun waktu dengan anak terbatas. Ada yang rasa kepuasan dapat beri masa yang lebih pada anak-anak. Dan ada rasa kepuasan dapat meluangkan masa untuk anak-anak dan dalam masa sama punyai kerjaya, di mana ini perlukan lebih banyak pengorbanan kurangkan untuk kepentingan diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *