Kehamilan Ibu berumur 35 tahun ke atas

Bila wanita makin berumur, mungkin akan terjadi masalah kesihatan semasa hamil. Kebanyakan wanita berumur 35 tahun ke atas sihat dan melahirkan bayi yang sihat. Namun mereka ini bakal alami risiko tertentu .

Biasanya kesuburan wanita akan menurun selepas 35 tahun, tapi secara umumnya sekarang banyak kes ketidaksuburan yang boleh diubati dan meningkatkan peluang kehamilan. Pemerhatian pemeriksaann kesihatan yang teliti perlu dibuat sebelum hamil dan sepanjang kehamilan untuk merendahkan risiko dan komplikasi.

Kajian menunjukan wanita berumur 35 tahun ke atas akan alami komplikasi seperti diabetes, darah tinggi dan masalah uri ketika hamil. Mereka ini juga berisiko alami keguguran, bersalin awal dan bersalin caeser. Juga kemungkinan anak alami kecacatan seperti down sindrom.

Namun kini terdapat prosedur yang dapat dibuat untuk memeriksa samada bayi akan alami sebarang kecacatan atau tidak. Walau apa pun keputusan, ini hanya secara umum, tidak dapat pasti kebenaran betul atau tidak bayi ada masalah. Dengan membuat pemeriksaan ini, jika terdapat kemungkinan masalah, mudah untuk buat pemeriksaan lanjut dengan pakar.

Kita tidak mungkin mengurangkan risiko yang datang bersama peningkatan umur dan kehamilan. Tapi dengan mengikut cara amalan sihat ketika hamil, akan mengurangkan risiko dan alami kehamilan yang sihat.

Hamil anak ke 5 saya berumur 38 tahun. Terasa perbezaan yang ketara. Walaupun anak sulung anak kembar, namun ketika itu lebih kuat berbanding hamil anak ke 5. Penjagaan kesihatan anak ke 5 saya lebih berhati-hati kerana ada diabetes ketika hamil. Ketika minggu-minggu akhir, saya kena lebih banyak berehat untuk pastikan cukup 37 minggu. Saya jenis banyak bergerak, jadi kena kurangkan aktiviti. Syukur tiada masalah besar, bayi saya sihat. Kini dia dah 2 tahun. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>