Tip Bersalin dan Berpantang

Hospital bersalin

Ada banyak pilihan hospital bersalin atau klinik bersalin. Boleh pilih samada hospital bersalin swasta atau hospital bersalin kerajaan. Jika berkemampuan atau ditanggung oleh majikan pasti boleh buat pilih hospital bersalin atau klinik yang lebih selesa. Biasanya pilihan adalah hospital atau klinik swasta.

Sedikit tip untuk mereka yang pilih bersalin di hospital swasta. Apa yang perlu kita perhati sebelum pilih tempat bersalin swasta?

Pastinya kena bertanya dulu beberapa perkara. Jangan buat last minute.

1. kos bersalin hospital bersalin. Lain hospital atau klinik lain kosnya. Perlu juga ambil kira mungkin anak alami masalah seperti kuning/jaundis. Jadi perlu duduk lama di hospital dan ada kos tambahan. Biasa di Bandar besar average dalam RM2000 jika bersalin normal. Jika klinik bersalin lebih murah. Bergantung juga bersalin normal atau tidak. Pembedahan biasanya mahal antara RM4000 ke RM8000.

2. doktor bersalin/ibu. Pilihan doktor bergantung samada doktor pakar atau doktor bidan. Yang memilih untuk bersalin dengan doktor perempuan saja, perlu bertanya dulu. Ada kala ketika bersalin, bergantung kepada doktor yang ada, mungkin lelaki.

3. doktor bayi. Penting. Kadang kita tak terfikir mengenai doktor untuk bayi kita. Kita tak boleh kenalpasti masalah bayi kecuali doktor. Ada kala doktor ambilĀ  sambil lewa sebab bayi kita tak boleh mengadu. (Saya pernah terkena!)

4. kemudahan dan persekitaran hospital bersalin. Jika kita jangka akan ada masalah, pastikan cari hospital yang ada kemudahan yang perlu. Atau kita pun tak pasti ada komplikasi ke tak, jika hospital tiada kemudahan, tanya mana akan dihantar jika ada masalah.

5. perkhidmatan keseluruhan hospital. Biasa bila bayar mahal kita jangka layanan yang memuaskan. Layanan jururawat dan bantuan diberi. Cara menyusu ibu, ada diajar oleh mereka atau tidak.

Apa-apa pun bersalin di hospital bersalin mana sekali pun, kita sendiri kita siap mental dan fizikal! Bantu doktor atau bidan kita juga ketika bersalin selain mereka yang bantu kita.

PROMOSI ISTIMEWA SET BERSALIN NR SEHINGGA 3 MAR 2012

Set Bersalin biasa harga ahli RM300, kini RM285 untuk set 30 hari, atau RM373 (biasa RM393) untuk set 44 hari

Maklumat lanjut sila layari www.nonaku.com atau www.mamadamia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *