Tip mudah cara bersalin normal

Ramai yang bersalin normal berbanding pembedahan. Yang kali pertama akan lalui pasti rasa pelbagai perasaan. Dengar cerita pengalaman ibu-ibu yang dah bersalin normal.

Ada 3 peringkat

1. peringkat kontraksi hingga servik buka 10 cm. Biasanya mula terbuka 3 ke 4 cm. Jika induce biasanya doctor akan tentukan. Jangka masa antara 2 ke 12 jam atau lebih bergantung kepada individu. Purata dalam 5 jam.

2. peringkat servik sudah terbuka dan kelahiran bayi – jangka masa beberapa minit ke ½ jam, bergantung kepada ibu meneran

3. peringkat antara bayi keluaran dan pengeluaran uri. Sebelum 30 minit akan keluar dengan normal, lebih dari ni perlu bantuan.

Peringkat ini perlu kita lalui untuk pastikan bersalin normal. Ikut pendapat, orang Asia alami peringkat ke 2 lebih lama banding bangsa lain.

Saya bersalin secara normal 3 kali dan secara pembedahan sekali. Anak sulung kembar dan saya dapat bersalin secara normal.

Jangka masa peringkat pertama saya adalah antara 2 ke 3 jam. mula buka pada 4 cm. Anak kembar, anak ke-3 dan ke-4 diberi ubat untuk mempercepatkan proses kontraksi. Di masukan air melalui di tiub. Namun anak ke-4 saya terpaksa bersalin pembedahan kerana ada masalah. Untuk anak no 5 saya bersalin tanpa bantuan ubat ini.

Jangka masa peringkat ke 2 antara 10 ke 30 minit. Anak kembar pertama ambil masa 20 minit dan keluar kembar kedua selang 10 minit. Anak ke 3 ambil masa 30 minit dan yang terakhir 10 minit.

Anak kembar dan ke-3 perlu buat episiotomi untuk bantu mudah bayi keluar. Yang ke 5 tanpa buat episiotomi.

Memang berbeza dan yang pasti bersalin kali terakhir paling mudah. Bersalin kali pertama saya lebih banyak baring atas tilam semasa peringkat 1. Amat sakit hingga minta ubat tahan sakit. Anak ke 3 saya berjalan-jalan sehingga rasa sakit tak tahan, baru duduk. Anak ke 5 saya berjalan-jalan sehingga saat hampir bersalin. Bila tak tahan sangat saya duduk tepi katil. Sambil duduk, badan saya bongkok ke depan. Tip ini doktor saya ajar bagi percepatkan proses peringkat ke2. Berkesan! 2 kali teran bayi dah keluar. Dalam masa 10 minit dah bersalin. Sakit rasa sekejab saja. Tanpa perlu buat episiotomy dan ubat percepat kontraksi!

Tanda perlu teran, kita rasa seperti mahu berak. Jangan teran awal, buang tenaga dan memenatkan. Bila hendak teran, tarik nafas dalam-dalam baru teran. Jika kita tarik nafas sikit dan teran, ini akan ambil masa lama nak meneran sebab nafas dah habis. Jadi kena ambil nafas lagi.

Peringkat ke 3 saya tiada masalah. Tidak ambil masa lama.

Sebaiknya berbincang dengan doktor cara terbaik dan pilihan yang boleh dibuat untuk bersalin normal. Namun tidak semua boleh normal seperti anak no 4 saya. Dah sakit untuk bersalin normal. Tangan keluar dulu, jadi saya tidak mahu tanggung risiko, terpaksa bedah.

Sakit ke? Dah tentu sakit. Semua bergantung kepada teknik kita untuk kurangkan sakit. Pengalaman saya bersalin normal dan pembedahan, walau amat sakit ketika bersalin, bersalin normal lebih mudah. Sekejab dah baik. Masa doktor nak keluar uri dah boleh borak dengan doktor. :) Hari pertama dah boleh bangun. Pembedahan ambil masa nak baik.

3 thoughts on “Tip mudah cara bersalin normal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>