Tip Bayi & Anak-anak, Tip Kesihatan

Anak tidak tahu membaca walau dah sekolah setahun, mungkin Dyslexia

Anak saya masih belum boleh mengenal huruf dan tidak tahu membaca selepas berada setahun di tadikanya. Tahun ini dah masuk 6 tahun dan masih sama keadaannya. Berbeza dengan abang-abang dan kakaknya. Sudah boleh membaca ketika 5 tahun. Perangainya juga amat berbeza.

Saya rasa sesuatu kelainan pada dia. Dia tak suka ke sekolah, bising katanya. Selalu bila suruh tulis dia jawab tak tau. saya sangka dia malas dan tak suka sekolah, jadi saya biarkan saja umur 5 tahunnya untuk dia biasa dengan sekolah. Umur 6 tahun baru pastikan dia tau membaca. Kini dah 2 bulan, Nampak tiada perubahan. Saya pernah bertanya doktor kanak-kanak, anak saya ada masalah ke, mungkin autism. Menurut doktor anak saya normal. Namun saya rasa ada tak kena.

Atas rasa ingin tahu betul ke anak saya normal atau tak, saya jumpa psikologi kanak-kanak. Baru 2 hari lepas saya bawa. Memeranjatkan, anak saya mungkin dyslexia. Saya pernah dengar perkataan ini, teringat lakonan Ako Mustapha dalam drama Dyslexia. Terkejut dan tidak sangka. Ciri-ciri yang ada padanya memang banyak menunjukan dia mengalami dyslexia. Namun untuk pastikan saya perlu hantar dia untuk ujian lanjut.

Dyslexia adalah mereka yang ada masalah untuk membaca. Nampak normal, boleh bercakap seperti biasa. Cuma masalahnya tidak boleh membaca dengan kaedah biasa. Perlu kaedah tertentu untuk bantu dia membaca. Cara biasa, dia sukar belajar membaca.

Saya berkongsi di sini masalah saya sebab mungkin ada ibu bapa luar sana alami masalah sama. Ada kala kita ingat anak kita malas, jadi kita akan kerap suruh rajin membaca atau mungkin kita akan marah kerana sifat anak kita. Sedangkan anak kita perlu bantuan. Mungkin anak itu tidak ada motivasi untuk belajar. Jalan terbaik perlu cari doktor atau psikologi yang dapat tentukan apa masalah anak kita.

Ada juga ibu bapa tidak mahu ambil tindakan eg bawa jumpa doktor sebab takut nanti dah label anak tu camtu, anak tu akan bertambah teruk.

Pada saya, bila kita tahu masalahnya lebih mudah untuk uruskan dia. Kita tidak akan paksa dia buat suatu yang normal pada orang lain kerana kita nak dia jadi normal. Kita perlu ikut dan beri bantuan pada dia supaya dia jadi normal. Contohnya Dyslexia ini, jika tidak dibimbing, dia akan ketinggalan dan membesar sebagai insan yang rendah diri kerana kekurangan diri mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *