Tip Kesihatan

Tip jaga anak demam

Seminggu 4 orang anak saya demam, silih berganti seorang demi seorang demam. Seorang je tak demam. Dah pesan jangan duduk dekat. Ummm lagi pergi tidur ramai-ramai 1 bilik.

Demam biasa dialami oleh anak-anak kecil. Mungkin ada ibu bapa ambil ringan saja. Nanti baik le.

Tau tak demam panas yang keterlaluan boleh menyebabkan sawan dan boleh menyebabkan anak kita cacat?

Apa sebenarnya demam? Sebenarnya suhu badan anak tidak kekal pada suhu normal iaitu 37 C. Ia akan turun atau naik bergantung kepada cuaca. Biasa pagi paling rendah dan tengahari paling tinggi. Namun beza suhu tidak terlalu tinggi. Suhu badan akan naik jika lepas berlari-lari ke 37.8 C.

Bagi bayi baru lahir ke 3 bulan, suhu 38 C atau lebih tanda sakit dan perlu di bawa jumpa doktor. (Jika bayi anda dibedung, cuba buka bedung dan ambil suhu semula). Anak lebih besar suhu 38.3 C atau lebih tanda sakit. Lebih tinggi suhu badan, mungkin sakitnya teruk, ada jangkitan serius bukan sekadar demam biasa. Tapi ada yang jangkitan ringan namun tinggi suhunya, ada yang jangkitan teruk tapi suhu demam rendah. Demam amat berbahaya bila telah mencecah 41.1 C. Anak berumur sehingga ke 5 tahun boleh alami suhu sehingga 40 C.

Demam merupakan respon badan kepada infeksi dan sesetengah penyakit. Demam mungkin sebenarnya membunuh infeksi kerana ada setengah kuman akan mati pada suhu tinggi.

Untuk merawat anak demam, boleh berikan ubat demam seperti paracetamol atau ibuprofen(biasa boleh baca kat botol ada tulis ni.) Jangan ambil aspirin, akan sebabkan penyakit lain. Dos bergantung kepada umur dan berat. Biasa doktor akan nasihat berapa perlu beri. Jadi pastikan sentiasa ada ubat demam simpan di rumah. Adakala demam dan sukar cari klinik atau mungkin cuti umum. Pastikan simpan tempat yang selamat, anak kita tak boleh ambil.

Boleh juga mandi atau lap badan anak untuk turunkan panas. Tujuannya untuk bawa darah ke kulit dengan mengelap dan sejukkan dengan resapan air ke kulit. Namun ini hanya sementara kerana termostat badan telah ditentukan pada suhu tinggi dan dengan cepat demam datang semula.

Pakaikan pakaian yang nipis.

Anak ke 4, Daiyan pernah alami sawan kerana demam terlalu panas. Semua anak yang lain tidak pernah kena. Pertama kali jadi, saya dah tidurkan dia, dan tinggalkan dia seorang. Sedangkan ketika tu panasnya tak tinggi. Bila masuk semula, saya nampak dia dah tak bergerak. Terus bawa ke hospital. Dia jenis demam yang  naik dengan mendadak. Makan ubat demam, hanya turunkan sedikit suhu badan dia. Jadi perlu lap badannya.

Kali kedua jadi, waktu pagi. Sepanjang malam saya berjaga. Jadi di waktu pagi, agak penat dan mengantuk, tertidur. Suami dah pergi kerja. Mujur saya menyusu badan, sedang beri susu pada dia, tiba-tiba rasa dia kejang. Terus saya angkat dan mandikan dia. Alhamdulillah hilang dan dia menangis. Doktor ada beri ubat untuk masukkan dalam punggungnya jika kena sawan. Saya dalam keadaan panik lupa ubat tu. Fikir nak kena turunkan panas badan dia. Aha dengan saya sekali mandi.

Ada beberapa yang saya kenal, anaknya kena sawan sehingga jadi terencat akal. Saya memang risau bila anak demam. Yang penting kena tau cara jaga anak demam supaya tidak memudaratkan. Namun biasanya demam tidak begitu memudaratkan, cuma jangan ambil mudah. Kita tak nak sesuatu buruk jadi baru menyesal.

 

Produk dalam pantang, sila layari www.mamadamia.com

5 thoughts on “Tip jaga anak demam

  1. HI,nk berkongsi sedikit..anak saya br masok sethn tiba2 demam terok suhu 39c.inilah pertama kali dia demam tak penah2 demam pn so waktu tu dia tgh tido memang saya perasan yg badan dia panas sikit tapi ingatkn panas biasa je sb cuaca waktu tu pun agak panas.bile dia bgn saya sentuh kulit dia makin panas.dengan kelam kabutnya saya check suhu badan dia 39c!dgn panikkya terus saya call husband saya tak tau nak buat apa & dia suruh lapkan badan dulu sementara tunggu nak bawak ke klinik.tapi yang peliknya anak saya ni kuat sebab dia tak nangis & boleh lagi nak main.alhamdullilah pas makan ubat terus baik.fuhh lega pasni kena selalu check suhu badan anak kaolo tiba2 je rasa panas.

  2. anak ke 3 saya ne kalau demam memang menakutkan. 1st tym jd ms umur dia 1thn 2bln mcm tu. Sms masuk tidur dia elok saja. 1 jam slps tu, dia merengek2. Saya sumbat puting saja, tp heran sbb dia tidur mcm udang (kesejukan) malam tu. Saya buka lampu, dn paling muka dia, tengok2, mulut dia dh biru, tangan n kaki menggigil habis. Mcm nak teriak ms tu. Cpt2 kejarkn ke hosp. Alhamdulillah, lps masuk ubat, kna suruh lap balik2, beberapa jam lps tu blh balik. Smpai skrg, 3bln sekali dia akan kna demam mengejut mcm tu, kdg2 saya mmg xdpt tidur. Biasanya petang2 bdn dia akan sdikit panas. Mlm sikit, badan dia still panas sikit tp mulut, tangan n kaki mula sejuk, n biru dn kalau lambat sikit, menggigil. Tiap kali dia demam, saya akan menangis, takut perkara buruk menimpa.

  3. As-Salam,

    Kes demam panas mmg menakutkan.Kejap tadi anak buah saya masuk hospital Sg Buloh.Doktor suspect ada effect otak dia,tak tau nak cakap dah.Cuma harap dia cepat sembuh.

  4. Selalunya kalau anak rasa panas (lebih 38 degree), saya akan terus tuam bersilih ganti dengan tuala tuaman air sejuk sehingga panas dia reda. Sebab takut sangat panas naik ke otak…

  5. Slm..anak saya brumur 2tahun 5bln. Dia xda perna pnas truk. Ada masa ni bdan dia panas suhu 28c sy beri la mkn ubat pagi2 tu. Bila dia da tidur sy lap2 badan dia. Lpas tu bila da nak tngari dia bngun tp dia diam, ja. Brapa mnit kmudian dia bnyi 3kali mcm bdak2 yg pura2 nangis sy biar la bap dia slalu buat cam tu . Lepas dia bnyi yg ke3 tu mata dia trus membesar pandang saya. Sy pun panik sbap xda perna cam tu . Sampai saya trus kasi lap2 satu badan agak lama juga badan dia pandai kejang2 n mulut pandai gigit2. Kmi nak bawa ke hspital tp kmi xda knderAAN . Xda jiran lg. Kmi call2 la org yg ada knderaan tp smua bz. Bila anl da okey, baru ada kwn tlong bawa jumpa dktor. Rupanya ank kna sawan panas.
    Huu syukur la tak apa2 . Skrg asal dia panas sy mula la risau takut jd lg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *