Tip Bayi & Anak-anak

Ibu ayah inspirasi anak

Biasa dengarkan dalam satu keluarga, ayah/ibu dan anak-anak profession kerja sama. Contoh ibu/ayah akauntan, anak pun akauntan, ibu/ayah tukang masak, anak pun sama. Ibu/ayah pelakon, anak pun pelakon.

Kenapa selalu  jadi macam ini? ini kerana ibu/ayah jadi inspirasi atau ikutan kepada anak-anak. Anak-anak lihat kerjaya ibu/ayahnya dan ingin jadi seperti mereka. Minat dipupuk sejak kecil. Pada mereka ibu dan ayah mereka hebat dan ingin jadi seperti mereka. Atau ada kala, kerana kebiasaan dalam hidup, jadi mereka juga akan ikut seperti  ibu dan ayah walau mereka tidak suka kerja itu.

Pentingnya… pengaruh kita sebagai ibu ayah dalam menentukan masa depan anak-anak. Adakala kerjaya anak kita dipengaruhi oleh minat kita. Contohnya kita mungkin seorang petani, tak berpeluang jadi doktor, tapi minat sangat nak jadi doktor. Kita pasti bagi galakan pada anak kita. Kemungkinan besar anak itu akan jadi doktor sebab kita dah tanamkan semangat dalamnya.

Namun jangan pula terlalu tekan anak-anak jika tidak berminat dengan apa kita sukakan. Pastikan kita selalu berikan galakan yang baik. Kadang dalam kesibukan kita bekerja kita lupa untuk didik diri kita untuk menjadi contoh terbaik untuk anak. Kita tenggelam dalam emosi kita sendiri, apatah lagi zaman sekarang serba mencabar.

Pastikan kita menjadi contoh yang baik kerana pelajaran anak-anak berterusan selagi mereka bersama kita, memerhati dan mengikut apa kita lakukan. Jika anak buat sesuatu kita tidak suka, lihat dulu apa kita buat. Mungkin kita jumpa jawapannya pada diri kita. Jadi jika ingin anak buat sesuatu yang kita suka, kita kena buat dulu. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *