Tip Bayi & Anak-anak

Tip kawal anak 1 Tahun

Mungkin ada antara kita mempunyai anak umur 1 ke 2 tahun. Anak saya bakal masuk 2 tahun pada bulan Feb ini. Biasa anak umur 1 ke 2, banyak yang dia ingin belajar. Jadi proses eksplorasinya pun mencabar kita sebagai ibu bapa. Contoh kita ke kedai, semua barang ingin dicapainya. Lagi kita larang, lagi dia buatnya. Ummm macamana nak membeli ya 😉 Ada masalah ke anak kita ni, tak nak mendengar kata?

Sebenarnya mereka ini bukan mempunyai masalah perangai. Mereka pada peringkat ingin mencuba. Dalam fikirannya nampak tangga nak panjat, nampak pinggan mangkuk kita nak pegang apatah lagi ada keluar bunyi. Lebih seronok dia nak teroka.

Kita kena fikir alternatif. Kita tak boleh beri arahan pada anak kita dengan harapan dia dengar. Contohnya ke kedai, letakkan dalam strollernya. Jika boleh jangan ambil masa yang lama, sebab nanti dia mula bosan.

Jika dia ingin mencuba sesuatu, melarangnya tidak akan mengubah apa-apa. Jadi boleh biarkan dia seketika sambil perhati agar tiada apa-apa yang merbahaya. Jika perkara yang dibuat bahaya contoh naik tangga rumah kita, jaga dibelakangnya. Memenatkan, tapi lebih cepat hilang keinginan mencuba tu berbanding kita tutup tangga tak bagi dia naik. Bila ada peluang apa lagi tak lepas peluang lah dia.

Jangan memarahinya, lebih memburukan keadaan. Sepanjang dia main/cuba tu, sebut bye,bye atau sesuatu yang dia faham sekejab lagi kena pergi atau berhenti main tu. Bila tiba masa boleh bye, bye terus pergi dengan gembira tanpa memaksanya. Mungkin ada masalah jika kita ingin segera beredar. Boleh juga cuba umpan dengan mainan kegemaran dia, kena stand by dalam beg kita. Semua kena buat dengan cara baik yang menggembirakan mereka tanpa marah, pasti ok!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *