Tip Bayi & Anak-anak

Tadika, pendidikan awal persekolahan

Tahun depan, Damia darjah 1. Prestasi pendidikan di tadikanya amat memuaskan. Saya boleh bezakan dengan abang-abangnya. Homework yang dibuat tahap pendidikan darjah 2. Dan dia boleh buatnya, cuma saya perlu juga membuat pemerhatian.

Saya membuat perbandingan persekolahan tadika anak-anak saya. Semua ke tadika masa 5 tahun. Abang-abangnya masa 5 tahun, saya boleh lihat perkembangan prestasinya. Boleh mula baca suku kata. Tadika Era Bistari di Bukit Sentosa, bayarannya murah sahaja. Semasa 6 tahun, saya berpindah jadi saya hantar ke tadika lain. Tadika ini cukup terkenal, saya memilih kerana ingin English medium. Namun saya lihat prestasinya tidak meningkat. Saya dapati prestasinya sama ketika 5 tahun, dia tahu membaca kerana belajar ketika 5 tahun. Saya agak risau ketika masuk darjah 1 kerana mereka tidak dapat membaca lancar. Saya terpaksa mengajarnya.

Damia terdapat perbezaan ketara daripada 5 tahun ke 6 tahun. Dia kini boleh membaca bahasa Malaysia dan English. Latihan matematiknya juga agak mencabar dan dia mampu membuatnya. Saya memang kagum. Tadikanya bukan 100% English medium. Saya tidak risau seperti abang-abangnya ketika masuk darjah 1. Tadika CIC, Children Islamic Centre. Bagus terapkan pelajaran agama, sudah boleh solat dengan bacaannya.

Pilihan yang betul dari awal dapat bentuk diri anak dari awal, cungkil potensi diri mereka. Namun ini bukan faktor utama. Walau apa tadika pilihan, faktor anak tu sendiri amat mempengaruhi. Mungkin terlewat ketika asas, perlu pastikan dia ikuti pelajaran, pasti dia akan dapat kembali ke tahap sebenarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *