Tip Bayi & Anak-anak

Bib

Perlu ke bib ni?

Saya suka pakaikan bib pada baby & anak dah besar masa makan.

Bayi mudah muntah lepas menyusu. Atau ada kala tertumpah susu. Jadi perlu tukar baju. Dan lecehnya bila nak membasuh baju tu. Kena bersihkan tempat terkena muntah, sebelum masuk ke mesin basuh. Kalau tak, lekat kuning.

Fabric jenis kain paling sesuai untuk bayi. Kadang bayi suka meramas dan mengosok ke mukanya. Bagus mudah menyerap susu atau air liurnya.

Plastik mudah dibersihkan dan tidak tembus ke pakaian. Sesuai untuk anak lebih besar. Namun pangalaman saya, anak saya agak rimas kerana testurnya yg keras dan cuba membukanya.

Saiz terdapat paras dada, baju tanpa lengan atau berlengan. Ada juga bib yang berpoket, jadi makanan jatuh ke poket.

Terdapat jenis ikatan tali, velcro dan butang. Perlu berhati-hati jenis tali kerana bayi mungkin menarik tali dan mencederakannya. Velcro pula menyebabkan gatal. Paling selesa adalah jenis butang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *