Tip Bayi & Anak-anak, Tip Penyusuan

Kenapa susu ibu sedikit? II

Susu ibu berkurang boleh disebabkan oleh ibu atau bayi. Kali ni saya tulis berkaitan bayi pula.Masalah hisapan bayiKebolehan bayi mengkordinasikan penggunaan lidah, lelangit, geraham, otot muka dan bibir akan mempengaruhi hisapan yang berkesan

Jika tidak mendapat susu ibu yang cukup bayi baru lahir boleh membentuk cara habit hisapan yang salah. Bayi akan mencuba caranya sendiri dan akan teruskan cari itu bila berjaya menyusu cara itu. Perlukan pakar laktasi untuk membantu bayi tersebut betulkan cara hisapan yang salah.

Keupayaan bayi menghisap daripada payudara juga bergantung kepada keupayaan mengerakkan lidahnya dengan bebas. Lidahnya perlu boleh bertindak mengikut pergerakan untuk memberikan keadaan vakum untuk menarik keluar susu.

Variasi lelangit

Bentuk yang pelbagai ini mungkin memberi kesan keupayaan bayi mengekalkan hisapan yang mengekalkan payudara di dalam mulutnya dan bentuk vakum untuk mengeluarkan susu.

Masalah saluran pernafasan

Bagi bayi yang tidak dapat bernafas dengan mudah akan alami masalah mengosongkan susu juga. Kadang ini hanya disebabkan oleh hidung tersumbat. Boleh bersihkan dengan air salin yang disteril. Namun jika masalah kronik akibat alahan, perlu bantuan. Biasanya semakin bayi membesar saluran juga membesar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *