Tip Penyusuan

Barang keperluan menyusu susu ibu

Ramai ibu yang menyusu ibu bayi mereka. Termasuk ibu berkerjaya. Penyusuan susu ibu ini lebih banyak manfaatnya. Saya sendiri mengalami keadaan ini di mana anak sulung tidak menyusu susu ibu menghadapai pelbagai penyakit, membuat saya nekad menyusu susu ibu anak-anak saya seterusnya. Dengan pelbagai barangan yang mudah diperolehi, ini memudahkan ibu-ibu berkerjaya. Jadi persoalan ingin menyusu susu ibu atau tidak bergantung kepada kemahuan sendiri.

Pilihan barangan untuk menyusu kini banyak. Dulu saya ingin dapatkan bra menyusu agak sukar. Ketika itu hanya ada 1 jenama terkenal yang menjualnya, dan harganya agak mahal. Baju menyusu langsung tiada. Kini dengan pelbagai kemudahan yang ada, semua saya guna untuk memudahkan penyusuan. Saya berikan tip di bawah berdasarkan pengalaman saya.

1. bra penyusuan susu ibu. Bra ini mempunyai cangkuk di tepi atas setiap cup bra. Untuk menyusu hanya buka cangkuk dan berikan bayi susu ibu. Selesai menyusu, cangkuk semula. Jika kita guna bra biasa, kita akan menyelak dari bawah atau terpaksa longgarkan tali. Ini akan merosakkan bra ini. Bra ini juga sesuai untuk digunakan ketika hamil.

2. baju menyusu susu ibu – memudahkan penyusuan susu ibu. Biasanya hanya terbuka di payudara dan tidak mendedahkan perut. Kadang bayi rimas muka tertutup dengan baju kita, jadi dia akan menyelak baju ke atas. Ummm dah nampak perut kita pula…

3. poncho/topi menyusu susu ibu. Ini berfungsi untuk menutup bayi ketika menyusu di khalayak ramai. Namun untuk ibu yang bertudung, jika tudung labuh sesuai juga menutup bayi ketika menyusu. Jadi tidak perlukan poncho atau topi ini.

4. bantal menyusu susu ibu – bayi boleh diletakkan di atas bantal ini, jadi mudah tidak perlu pangku bayi. Dan jika salah pangku, membongkok boleh menyebabkan sakit belakang pula.

5. alas bra – untuk elak susu menitis dan baju basah. Perlu pakai jika keluar rumah/ke pejabat. Biasa juga jika menyusu, sebelah payudara lagi akan turut menitis mengeluarkan susu. Untuk elak basah, boleh letakkan alas ini. Terdapat 2 jenis samada alas pakai buang dan pakai semula. Alas pakai semula lebih jimat dan boleh dipakai berulang kali. Namun jika susu banyak, biasanya alas ini tidak dapat menampung susu yang menitis. Alas pakai buang biasanya dapat menampung susu yang banyak.

6. Perahan susu ibu
Pam susu ibu – terdapat samada manual, bateri, letrik atau bateri dan letrik. Jika kerap gunakan jangan gunakan secara manual. Saya pernah memerah susu ketika anak ke 3 guna pam manual, amat memenatkan.

7. Beg letak susu ibu – beg ini dapat tahan sejuk jadi susu ibu akan berada dalam keadaan sejuk. boleh tahan selama beberapa jam tanpa merosakan susu ibu.

8. Pek ais – perlu disejukan dahulu sebelum digunakan, kemudian masukkan ke beg susu ibu.

9. Pemanas susu ibu – mudah secara otomatik akan tutup bila susu ibu sudah suam dan sesuai diminum. Untuk memanaskan susu boleh juga gunakan air panas. Jangan rendam dalam air yang sedang dididihkan. Pastikan api telah ditutup dan baru panaskan susu.

10. Alat bantu pegang pam – alat ini memudahkan ibu tidak perlu pegang pam.

11. Keperluan lain seperti oilment jika alami luka di puting payudara.

12. Alas (ada jenis dalam nya gel) yang sesuai untuk diletakan atas payudara jika alami bengkak susu.

13. Minyak yang sesuai untuk mengurangkan sakit bengkak susu. Bengkak susu boleh menyebabkan kita alami demam.

Barang keperluan penyusuan boleh didapati di www.mamadamia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *