Tip Bayi & Anak-anak

Kini semua mudah…

Semakin lama semakin banyak barangan untuk bayi dan anak-anak yang memudahkan urusan kita. Cuma sediakan duit sahajalah ;)

Ketika bersalin anak sulung 11 tahun dahulu, sesetengah barang amat sukar dicari. Sekarang, semua mudah didapati dan dalam corak dan bentuk yang menarik. Ummm rasa semua nak beli.

Selain barang keperluan asas seperti baju, seluar, lampin, mandian dan barang perlu ada, ada beberapa tambahan barang yang kita mungkin perlu, mungkin tidak. Perlu ke beli? Bila nak beli?

Kerusi kereta bayi/babay car seat. Jika kita memandau seorang diri ke pejabat, perlukan kerusi bayi ini. Namun jika berdua pun, bagus jika ajar bayi duduk di kerusi keretanya. Untuk keselamatannya juga. Juga bagus jika kerap berjalan jauh, boleh letakkan diddalam kerusinya, jadi tidak penat memangkunya.

Saya suka gunakan kerusi kereta/baby car seat. Saya ajar semua anak-anak saya duduk di kerusi bayi. Biasa jika berjalan jauh, mereka akan tertidur di kerusi bayi/car seat. Mudah kerja saya, tak penat perlu pangku bayi.

Stroller atau kereta sorong. Boleh guna sehingga anak berusia 3 ke 4 tahun, bergantung kepada jenis kereta sorong. Ada kala bayi suka bila waktu pagi atau petang, bawa berjalan-jalan naik kereta sorong. Bagus juga untuk bayi ini berjalan-jalan ambil angin.

Namun jika lebih senang berdukung, boleh dapatkan baby sling, pouch atau carrier. Apa bezanya sling, pouch dan carrier?

Sling terdapat gelung/ring mudah untuk ubah ikut saiz badan. Pouch ada 2 lapis kain, jadi bayi akan diletakan antara 2 lapisan kain itu. Carrier lebih terbuka dan mempunyai tali untuk dilaraskan. Pilihan ikut keselesaan.

Saya pernah mencuba semua ini. saya lebih suka samada sling atau pouch.

Untuk kereta sorong/stroller terdapat banyak aksesori dan mainan yang boleh digantungkan pada kereta sorong. Juga ada kipas untuk bayi. Jika kerap berjalan tempat yang terbuka dan panas, sesuai dapatkan kipas ini juga.

Walker, ada pendapat kata tidak bagus untuk perkembangan bayi. Saya gunakannya supaya dia boleh berada dalam posisi berbeza-beza bukan semata untuk belajar berjalan. Ada kala dia bosan meniarap sahaja, jadi saya letak dalam walker. Walker juga ada yang dijual dalam 3 dalam 1 iaitu walker, tempat duduk dan rocker chair. Pastikan pinggang bayi telah kuat dan dia sudah boleh duduk iaitu selepas 6 ke 7 bulan.

Bila telah boleh duduk dan ingin ajar makan, kerusi tinggi bayi turut membantu. Mudah beri makan dalam keadaan bayi sama paras. Dulu saya guna walker, penat perlu bongkok.

Semua ini tidak perlu dibeli serentak. Beli ketika umur yang sesuai. Namun bergantung kepada keperluan. Jika tidak pakai, tidak perlu membazir belinya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *