Tip Bayi & Anak-anak

Luaskan sifat ingin tau

Pemikiran anak-anak boleh diperluaskan dengan mengalakan sifat ingin tahu mereka. Rangsang anak ambil tahu pelbagai budaya dan adat resam masyarakat. Berikan pelbagai maklumat dan pengetahuan serta beri penerangan agar tidak timbul kekeliruan.

Luangkan masa berbincang isu nasional dan antarabangsa sesuai ikut peringkat umur anak. Amalkan selalu walau sekejab. Saya suka luang masa dalam kereta masa balik ke rumah untuk bertanya anak-anak. Lebih kurang 10 minit perjalanan ni. Ketika ini fikiran saya relaks tidak memikirkan hal lain. samada saya tanya anak, atau anak-anak saya bertanya semula apa yang diperkatakan oleh guru-gurunya disekolah. Atau sebarang soalan.

Galakan juga anak-anak mempunyai kawan dari pelbagai bangsa dan budaya. Boleh cari sahabat pena dari seluruh dunia. Ini akan memberi peluang mereka mengetahui cara hidup masyarakat lain. bagus juga dapat mempelajari pelbagai bahasa.

Sebagai ibu bapa, jawab lah persoalan anak-anak dengan bijaksana. Tambahkan ilmu keibubapaan agar banyak pengetahuan jadi tidak dicabar oleh anak-anak.

Sifat ingin tahu
– Dapat menambah ilmu dan kefahaman
– Dapat jelaskan kekaburan
– Menjadi seorang bijak
– Dapat luaskan pemikiran dan pergaulan
– Buka lebih banyak ruang dan peluang kea rah kecemerlangan

Bercakap-cakap adalah bertukar fikiran, pandangan dan pengalaman. Rahsia bercakap adalah pandai bicara, pandai bertanya dan pandai mendengar…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *