Tip Bayi & Anak-anak

Peringkat pendidikan anak-anak dalam islam

Terbahagi kepada 3 iaitu sebelum 2 tahun, 2 ke 5 tahun dan 5 ke 12 tahun.

Ketika sebelum 2 tahun, semasa lahir pastikan diazan ditelinga kanan dan iqamat ditelinga kiri. Berikan nama yang baik kepada anak kita. Sayanginya dan susukannya. Mengajar adab-adab yang baik dan jangan dipukul mereka ketika ini.

2 ke 5 tahun, peringkat anak-anak mempelajari pelbagai perkara dan bergerak aktif. Suka meniru serta menarik perhatian orang lain. ibu bapa perlu banyak berikan penerangan mengenai pelbagai perkara betul atau salah. Mereka perlukan Kasih dan penghargaan ibu bapa, ketenangan dan keamanan. Berbicara dengan lembut dan tunjuk ajar dengan bijaksana. Peringkat ini, mereka mengasah kemahiran mereka.

Ajarkan pendidikan iman kerana mereka peringkat ini akan banyak bertanya tentang tuhan. Asuhlah mereka mencintai Allah dan nabi serta para sahabat

Umur 5 ke 12 tahun. Zaman yang penting kerana peringkat ini anak belajar jadi seorang penilai dan melihat realiti. Dalam Islam, ketika ini anak-anak mula diajar berwuduk dan bersolat serta diajar membaca al-quran.

Mereka perlu diajar adab-adab seperti menghormati orang tua, belajar, menutup aurat. Selepas belajar lapang dada mereka dengan memberi peluang untuk bermain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *