Tip Penyusuan

Selamat Menyambut Ramadan

Tahun ini saya masih menyusu anak saya yang berusia 1 tahun 5 bulan. Alhamdulillah masih dapat menyusunya pada bulan Ramadan ini. Cabaran menyusunya pada tahun ni berkurangan berbanding semasa sebelum dia berusia setahun kerana masih bergantung kepada susu. Selepas setahun susu hanya tambahan kepada makanan pejal yang diambil.

Tip untuk memastikan susu sentiasa ada adalah pada makanan diambil ketika bersahur dan berbuka. Makan makanan seimbang. Tiada cara mudah. Berbuka dengan kurma dan air yang berkhasiat. Sepanjang malam, minum air, seeloknya air yang mempunyai khasiat seperti susu dan air buah-buahan.

Juga boleh amalkan makanan tambahan yang dapat menambah susu. Banyak terdapat makanan atau pil-pil tambahan dipasaran. Namun jangan terlalu bergantung kepada makanan atau pil ini. ia tidak dapat membantu juga jika tidak amalkan makanan sihat dan seimbang.

Bagi ibu yang pertama kali menyusu badan dibulan puasa. Jangan terlalu stress susu akan berkurang. Stress boleh sebabkan susu berkurang. Tenang. Biasanya di waktu petang susu akan berkurang. Perlu cuba pujuk bayi yang kekurangan susu. Boleh tidurkannya atau alih tumpuannya. Biasanya bila berbuka puasa, susu akan bertambah semula dengan segera.

Jangan risau tentang perkara ini mengganggu tumbesaran bayi. Namun jika susu benar-benar kurang dan tidak dapat menampung keperluan serta memudaratkan bayi, bolehlah tidak berpuasa. Namun perlu ganti dan bayar fidyah kerana kita berbuka puasa bukan atas kemudaratan kita.

Alhamdulillah sepanjang saya menyusu bayi-bayi saya, saya dapat menyusu tanpa berbuka puasa. Harapan saya semua ibu-ibu juga dapat lakukannya. :)

Selamat berpuasa dan menyambut bulan Ramadan. Moga mendapat rahmat Allah di bulan mulia ini.


PROMOSI ISTIMEWA RAMADAN

Sila layari www.mamadamia.com untuk mendapatkan barangan pada harga istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *