Tip Bayi & Anak-anak

Ruam lampin bayi

Ruam lampin bayi tidak semestinya nampak sama. Biasanya ruangan tersebut nampak merah dan menyakitkan, kulit sedikit bengkak dan panas bila disentuh. Boleh jadi sedikit dan mungkin boleh merebak ke perut dan peha. Ini perkara normal untuk bayi terjadi begini dalam setahun dua.


Apakah penyebabnya ruam lampin bayi

1. kelembapan. Walau kuat bagaimanapun lampin, ia tetap meninggalkan kesan lembab pada kulit bayi yang lembut. Bila air kencing bercampur bakteria dari najisnya, ini akan membentuk ammonia yang menyebabkan ruam lampin. Jadi jika dibiarkan lama, bayi mudah terkena ruam. Namun ada juga bayi yang kulitnya sensitif tetap kena walau kerap menukar lampinnya.

2. Sensitif pada bahan kimia. Kulit bayi mungkin sensitif kepada bahan kimia dalam lampin pakai buangnya atau sabun untuk basuh lampin kainnya. Ia juga mungkin berpunca dari losyen atau bedak digunakan ketika memakai lampin

Saya memilih lampin mana yang sesuai untuk kulit bayi-bayi saya. Jika memakainya naik ruam, saya sudah tau jenama lampin berkenaan tidak sesuai untuk anak-anak saya. Jarang saya pakaikan bedak atau losyen juga, sebab biasa boleh sebabkan ruam juga.

3. Makanan baru. Biasa juga bayi dapat ruam bila mula makan makanan pejal atau baru diperkenalkan makanan baru. Makanan yang mengubah komposisi najis, mungkin meningkat pembuangan najis juga. Jika menyusu badan, makanan ibu akan mempengaruhi juga.

4. Infeksi.kawasan diaper adalah kawasan panas dan lembab, disukai bakteria dan yis. Mudah terkena infeksi.

5. Bayi yang sedang ambil antibiotik (atau ibu yang ambil antibiotik) kadang ada juga dapat infeksi yis kerana antibiotik akan kurangkan bakteria sihat. Antibiotik juga boleh sebabkan cirit birit, penyebab ruam juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *