Tip Bayi & Anak-anak

sambungan kesilapan tidurkan anak-anak

Terlebih stimulasi

Mungkin ada ibu sangka perlu letak mainan yang bergerak, ada bunyi dan lampu di katil bayi. Ini sebebenarnya menyebabkan dia sukar tidur mendengar bunyian dan melihat terlalu banyak warna terang. Ini akan mengajarnya waktu itu adalah waktu berjaga bukannya waktu tidur. Anak-anak yang besar juga akan sukar tidur bila terlalu banyak mainan di katil

Pastikan bilik gelap, kurang aktiviti di waktu malam. Tidur akan lebih lena bila suasana gelap terutama bayi yang tidak tau takut gelap. Untuk anak lebih besar, pasang lampu yang malap sahaja. Berfikir dulu jika ingin letak tv atau komputer dalam bilik anak-anak.


Tinggalkan rutin masa tidur

Biasanya bayi kita akan buat rutin waktu mandi, waktu tidur dan sebagainya. Namun bila anak semakin besar, kita tidak mengambil berat dan tinggalkan rutin ini kerana sangka anak telah besar. Jika anak-anak tiada rutin, mereka tidak akan dapat tidur secukupnya

Tidak kira berapa umur anak anda, sediakan ‘tanda tidur’ untuk anak anda untuk bantu dia tau bila waktu tidur. contohnya pakai baju tidur, bacakan buku, nyanyi lagu. Jadi bila kita buat bagini dia dah mula bersedia untuk tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *