Tip Bayi & Anak-anak

Kesilapan tidurkan anak-anak

Tidurkan bayi dan anak-anak kecil dan pastikan mereka tidur lena, adalah satu tugasan yang mencabar.

Sebenarnya ini berpunca daripada kesalahan yang biasa ibu bapa buat bila nak tidurkan anak-anak. Anak-anak akan mudah tidur jika kesilapan ini diperbetulkan.

Dah tentu jika masalah ini selesai, boleh lah anda tidur lena juga :D

Tidur lewat

Mungkin tiada waktu tetap unutk bayi atau kanak-kanak tidur atau anda tiada cukup waktu bersama mereka lepas balik kerja atau anda ingin biarkan mereka bermain seketika. Ini sebenarnya menyebabkan mereka letih yang berlebihan. Mereka akan terlalu penat dan sukar untuk tidur dan lena tidur.

Tetapkan waktu tidur. jangan tunggu sehingga bayi menggosok mata, menguap, mungkin dah terlalu lewat.

Setiap anak berbeza, namun kebiasaannya untuk bayi dan anak tatih (toddler) perlukan 11 jam tidur, pra sekolah sehingga 12 jam jika sudah tidak tidur siang dan anak yang lebih tua antara 10 ke 11 jam.

Bergantung kepada pergerakan.

Tentu rasa seronok dan lega bila bayi tidur dalam buai atau tertidur dalam kereta sorong yang ditolak ketika bawa berjalan-jalan. Namun ini memerangkap ibu bapa jika mereka gunakannya di waktu malam. Sebenarnya cara ini, bayi tidak tidur dengan lena akibat pergerakan. Sama seperti jika kita orang dewasa tidur dalam kereta.

Gunakan cara ini untuk menenangkan bayi tapi bukan untuk menidurkan bayi. Boleh guna untuk bayi yang meragam, namun bila dah tidur, hentikan buai atau kereta sorong. Bayi ini akan dapat tidur yang lebih bagus.

Boleh ubah cara ini jika anda amalkan cara ini. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *