Tip Penyusuan

Puting tenggelam, guna nipple shields untuk bantu.

Puting tenggelam? Ini biasa terjadi kepada ibu baru, tisu puting tidak keluar. Aha ini bukan alasan untuk tidak menyusu badan. Tiada masalah untuk menyusu badan. Cuma perlukan sedikit bantuan.

Jika bayi sukar menghisap daripada puting ibu, bayi mungkin menolak , menangis atau terus tidur. Caranya boleh guna nipple shields/pelindung puting. Letakkan diputing ibu dan biar bayi menghisap menggunakan nipple shields ini. lama-kelamaan, puting ibu akan mula timbul dan tidak memerlukan pelindung ini lagi.

Cara lekap yang betul penting jika guna pelindung ini. rahang bayi mesti rapat ke payudara, bukan di tepi keliling nipple shield. Perlu belajar cara yang betul. jika salah, bayi mungkin tidak dapat susu secukupnya.

Pastikan nipple shield bersih. Basuh dengan air selepas panas selepas guna

Pemilihan saiz juga penting berdasarkan mulut bayi. Jika pelindung terlalu besar, mulut bayi tidak buka dengan cukup luas untuk memasukkan puting ibu. Namun adakala puting ibu agak besar, cuba saiz yang lebih besar sedikit. Walaubagaimanapun perlu perhatikan samada saiz itu sesuai untuk bayi atau tidak. Jika tidak sesuai, ada kala cara ini tidak boleh digunakannya untuk masalah ini.

Bekalan susu bergantung kepada berapa jumlah bayi ambil. Bayi yang menghisap kurang mungkin akan menyebabkan stimulasi bekalan rendah. Penting bila guna nipple shield, perlu pam selepas menyusu untuk pastikan payudara kosong. Susu yang dipam boleh diberikan kepada bayi.

2 thoughts on “Puting tenggelam, guna nipple shields untuk bantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *