Kenapa susu ibu makin berkurang?

Beberapa bulan ini, beberapa kawan sekolah sebaya saya baru bersalin. Ada yang anak dah besar, 11 tahun! Tahniah. Ada seorang lagi bakal menimang anak ke 6. Ummm murah rezeki. Dah lama tak bersalin, ada dah lupa cara menyusu susu ibu bayi mereka.;)

Jika susu ibu banyak ketika peringkat awal, namun kemudian berkurang, ada beberapa perkara boleh diperhatikan. Boleh disebabkan oleh si ibu atau bayi. Artikel kali ini saya sentuh punca dari ibu. Cuba perhatikan perkara-perkara ni, mungkin ada kaitan.

Salah penyusuan susu ibu

Penyebab yang kerap berlaku berpunca dari ibu. Bayi tidak memasukkan sepenuhnya puting jadi ia mengurangkan pengeluaran susu sebab susu tidak dikosongkan. Petunjuknya, payudara tidak lembut selepas menyusu susu ibu kerana susu tidak dikeringkan. Boleh menyebabkan masalah pada puting, menyebabkan kesakitan dan luka. Belajar cara menyusu yang betul. Kadang cara sudah betul, namun ada masalah, ini maknanya berpunca dari bayi.

Tiba-tiba susu ibu mengering

Mungkin kerana bayi semakin membesar jadi selera bayi bertambah. Jangan tambah susu formula, jika tambah susu formula, ini akan mengurangkan pengeluaran susu. Lama-kelamaan akan berkurang dan kering.

Mungkin kerana tiba-tiba kekerapan menyusu berkurangan mengejut. Tahap prolactin turun dan receptor tidakvboleh kembali ke tahap produksi yang awal. Kerapkan menyusu dan dapatkan suplemen untuk tambah susu.

Ubatan atau herba yang mengurangkan susu ibu

Ada ubat atau herba yang menyebabkan susu berkurang. Perlu berhati-hati dengan ubatan terutama untuk masalah alergi dan selsema. Ada juga ubat yang diambil untuk mengeringkan susu ibu untuk anak sekarang namun mempunyai kesan apabila ingin menyusu anak seterusnya.

Ada juga herba yang menyebabkan susu ibu kering. Selalunya dalam pantang kita ambil herba untuk menjaga pantang. Ada yang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan danĀ  kering.

Pepermint juga memberi kesan jika diambil dalam kuantiti banyak. Contohnya dalam ubat gigi yang mempunyai minyak mint sebenar. Ini termasuk gula-gula peppermint. Semua ini memberi kesan jika diambil dalam kuantiti banyak. Sedikit tiada masalah.

Ubatan untuk hormon

Jika ambil pil hormon boleh mengurangkan susu ibu. Contohnya pil perancang termasuk jika IUD yang mempunyai hormon

Mengandung

Apabila hamil, hormon bertukar dan susu ibu berkurang. Namun tiada masalah jika ingin terus menyusu susu ibu.

Nasihat yang salah.

Ada kala ibu-ibu menghadapi masalah penyusuan susu ibu dan mendapat nasihat yang salah.

Puting kosong (Pacifiers)

Ada bayi menolak jika diberi pacifier ini, tetapi bagi bayi yang tidak banyak ragam akan menerima. Lama-kelamaan ia akan biasa menghisap puting kosong walaupun patutnya ia menyusu ibu

Kesibukan atau perlukan rehat

Ibu terlalu sibuk membuat kerja lain dan terlewat atau melewatkan pemberian susu. Ada juga ibu kepenatan dan ingin rehat lebih. Ibu tertidur dan terlepas waktu yang sepatutnya menyusu susu ibu

Suplemen yang tidak perlu

Kadang ibu rasa bayi tidak cukup susu jadi tambah susu formula. Ini akan menyebabkan susu ibu berkurang.

Ada pelanggan cari suplemen nak tambah susu. Dia dah cuba pelbagai namun susu tidak bertambah. Bila saya tanya, dari awal lagi dia dah campur dengan susu formula. Masa dalam pantang, ibu nya suruh tambah, kononnya dah menyeksa anaknya. Susu ibu dah tentu berkurang. Kemudian semakin anak membesar, dia rasa susu makin berkurang dan tambah lagi kuantiti susu formula. Sebenarnya, jika berterusan menambah susu formula, walau apa suplemen yang dia ambil tidak mampu bantu menambah susunya.

Jualan Mama N Damia masih berlangsung. sila layari www.mamadamia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>