Tip Bayi & Anak-anak

Bayi pun kena pakai sunglasses???

Saya baru baca cara mengelak kecederaan dalam buku Dr Spock’s baby & child care. Pertama kali saya baca, baby pun kena pakai sunglasses. :roll: Tertarik saya nak kongsi di sini.

Rasa keterlaluan. Namun saya kongsi sebabnya. Sebenarnya semua perlu pakai sunglasses termasuk bayi. Bahaya cahaya ultraviolet biasanya tidak muncul segera, namun muncul kemudian hari.

Saya dulu tidak memakai sunglasses sebab tidak mengetahui kesan akibatnya. Saya mula sedar mata saya ada selaput putih. Saya diberitahu katarak wujud sebab cahaya ultraviolet. Setiap hari saya akan keluar beberapa kali ke kedai saya, ambil anak dan keluar ambil barang. Jadi kerap terdedah. Sekarang bila keluar saya akan pakai sunglasses.

Bila saya baca buku ini, terasa perlu anak-anak saya memakai cermin mata gelap. Tak perlu yang mahal. Apa yang penting pastikan cermin itu ada label blok sinar UV. Cermin warna gelap tidak bermakna lindungi dari UV.

Tip di atas adalah untuk perlindungan mata. Kulit juga perlu dijaga. Kanser kulit juga berpunca dari pendedahan berlebihan pada cahaya matahari ketika zaman kanak-kanak.

Mereka yang berkulit cerah, adalah lebih berisiko. Kulit gelap ada perlindungan semulajadi daripada matahari kerana terdapat pigmen gelap. Namun perlu berhati-hati juga.

Bayi pula kerana kulit mereka nipis dan kurang pigmen, juga berisiko tinggi. Aktiviti seperti berada di tepi kolam renang atau tempat berair kesan 2 kali ganda kerana kesan UV diperolehi daripada reflek air juga. Jika kulit terasa panas dan merah, sudah terlewat untuk elak sunburn.

Waktu paling panas dan merbahaya adalah antara pukul 10 pagi ke 2 petang. Tipnya ialah jika bayang-bayang lebih pendek dari anda, maknanya cahaya matahari adalah cukup kuat membakar. Ini juga sama pada ketika cuaca mendung.

Pastikan anak-anak memakai pakaian yang sesuai dan bertopi atau berpayung untuk mengelak cahaya kena terus pada kulit. Tidak semua pakaian dapat lindung daripada cahaya matahari. Begitu juga dalam air, berada dalam air tidak melindungi daripada kena cahaya matahari.

Pemakaian sunscreen dapat membantu melindungi kulit. Untuk bayi kurang 6 bulan, ini tidak sesuai jadi cara terbaik adalah jauhkan dari cahaya matahari.

Ada kala, saya rasa semua ini keterlaluan. Tapi dengan keadaan cuaca dan pelbagai masalah alam sekitar sekarang, memang perlu buat sesuatu. Paling kurang pun tindakan kita boleh buat, jangan dedahkan anak-anak kita kepada matahari berlebihan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *