Tip Pemakanan

Dah makan, teringin makan lagi

Ramai yang teringin makan sesuatu makanan, samada manis, masin, ais atau sesuatu yang tidak berkhasiat pun. Biasa terjadi kan. Sudah makan, terasa nak makan cokelat atau asam boi ke.

Kenapa teringin?
Ramai yang teringin untuk makan antara pukul 3 ke 4 ketika duduk di meja. Teringin makan makanan bukan kerana bermakna anda lapar atau ‘buruk lantak’ tetapi sebenarnya cara badan memberitahu badan anda perlu sesuatu yang spesifik, vitamin, nutrisi terutama jika anda tidak lapar.

Manis
Mungkin dalam bulan itu atau pukul 4 tu, anda telah mencapai hari yang paling ‘maksimum’ dan hanya inginkan cokelat bar untuk membantu anda. Sebenarnya apa yang diperlukan adalah magnesium, di mana cokelat banyak mengandunginya. Contohnya tahap magnesium wanita akan menurun semasa period, jadi suka makan cokelat kerana ada magnesium.

Lemak
Ramai teringin makanan berlemak masa stres dan di bawah tekanan perasaan. Ini mungkin tandanya anda perlukan kalsium sebab stres memberi kesan terhadapnya. Makanan berlemak membuat sistem penghadaman berkerja keras dan proses ini memerlukan banyak tenaga. Jadi ini akan menarik perhatian dari perasaan stres yang dialami.

Masin
Bila teringin makan masin biasanya memerlukan sodium klorida atau dipanggil garam. Mineral ini diperlukan badan untuk menyeimbangkan proses tertentu atau kimia lain yang badan perlukan. Namun, garam akan tingkat rasa mengidam dan menjadi makin teruk

Ais
Setengah orang terutama wanita mengandung teringin makan ais. Habit ini mungkin tanda badan memberitau anda kurang zat besi. Jika buat ujian darah, selalunya akan ada tanda mengalami anemia. Saintis percaya mulut rasa terbakar bila seseorang alami kekurangan zat besi dan ais bantu redakannya.

Buah-buahan dan sayur-sayuran
Tak ramai mengidam makanan sihat. Tapi kalau ingin makan oren atau salad, mungkin tanda badan perlukan vitamin.

Teringin makan secara umum
Teringin nak makan sesuatu tapi tak pasti apa, itu tanda mungkin tak cukup tidur. ini kerana badan melepaskan hormone selera ghrelin bila anda penat. Dapatkan tidur yang cukup, badan lepaskan leptin untuk bantu kurangkan keinginan makan tadi.

Jika biasa terjadi salah satu di atas, cuba cari alternatif yang sesuai terutama teringin makan tidak berkhasiat dan mungkin boleh sebabkan gemuk pula…;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *