Tip Bayi & Anak-anak

Perbelanjaan kelahiran bayi

Minggu ni saya sambut 2 hari lahir anak-anak perempuan saya, Damia dan Dafinah.

Happy birthday!

Masa pantas berlalu, Damia dan 6 tahun, Dafinah dan 1 tahun. Sedar tak sedar semua dah besar. Muka anak-anak saya masa bayi semua sama, jadi saya bagi tau anak-anak lain, nak tengok muka masa baby tengok Dafinah. Gambar kat booklet tip waktu pantang percuma saya bagi pada customer saya, ramai sangka tu Dafinah. Aha tu kakaknya, Damia masa baby.

Saya baru bertanya khabar anak saudara saya yang lahir tidak cukup bulan. Alhamdulillah sihat. Tapi ayah nya yang ‘kopak’. Aha! Bagi yang pengalaman pertama mesti tak jangka perlu banyak perbelanjaan bila bayi lahir. Maksud saya selain keperluan asas pakaian, botol, mandian dan tidur. Ada kala jadi sesuatu luar jangkaan. Dan apa yang biasa jadi, ibu bapa baru ni terlalu ‘excited’ tengok baby depan mata, segala benda nak dibelinya. Kalau boleh mainan anak patung, kereta mainan dah nak beli masa tu juga. Ummmm… :D

Aha apa perlu buat. Jangan ambil mudah perkara ni. ini penting terutama berlaku sesuatu luar jangka, sesuatu yang kita tidak mahu tetapi tak dapat lawan kuasa Allah. Anak sakit, lahir tak cukup bulan. Selain perkara ni, ada bayi cepat besar, sebulan dua dah kene beli pakaian baru. Kesian tengok bayi pakai baju cam sarung nangka, terkeluar perut.;)

Rancang dari awal simpanan. Lebih baik simpan dari tak ada langsung. Jika tiada masalah, duit tu boleh guna untuk buat kenduri atau jamuan. Berapa perlu simpan? Bergantung kepada kemampuan. Lebih banyak lebih bagus. Ini hanya untuk kecemasan bukan untuk belanja bersalin. Maknanya untuk bersalin perlu simpan lain.

Ada company tempat kerja bayar kos bersalin. Namun pastikan betul-betul apa yang ditanggungnya. Ada terhad kepada jumlah tertentu. Atau perbelanjaan bayi mungkin tidak ditanggung. Jadi perlu buat simpanan juga.

 

Anak-anak saya semua kuning, saya dah jangka mesti pakai sekian banyak duit, jadi saya simpan sebanyak tu. Setiap bulan dari awal mengandung saya ketepikan berapa ratus untuk simpanan.

Produk baru Mama N Damia
Saya suka pakai baju kurung pesak, selesa. Tetapi tiada di dalam pasaran baju kurung pesak untuk ibu menyusu. Menyedari hal ini, lama saya simpan niat nak buat baju kurung pesak untuk ibu menyusu. Alhamdulillah dapat juga tahun ni saya membuatnya. Boleh layari www.mamadamia.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *