Tip Penyusuan

Apa yang mempengaruhi pengeluaran susu ibu ?

Hari ini hari jadi ibu saya. Buat mama

Happy birthday!
Moga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan berkati hidup mama.

Saya baru beli dan baca buku The breastfeeding mother’s guide to making more milk. Buku ni patut dibeli oleh ibu yang merancang untuk menyusu ibu. Banyak ‘mitos’ yang kita sangka betul rupanya salah.

Apa yang mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Ini penting. Dulu saya selalu fikir, tiada masalah untuk menyusu susu ibu. Semua ibu boleh menyusu. Namun bila kita faham beberapa perkara, lebih memudahkan proses penyusuan susu ibu yang berjaya.

Kelenjar tisu, saluran saraf dan saluran susu yang cukup

Terbentuk ketika akil baligh. Jika tidak sempurna semasa ini, akan mempengaruhi semasa penyusuan. Ada sempurna tetapi tidak berkembang ketika hamil. Dan ada mengalami masalah akibat pembedahan pada payudara. Susu banyak atau sedikit tidak bergantung kepada berapa besar saiz payudara. Bergantung kepada kelenjar yang terbentuk. Jika kecil, perlu kerap menyusu.

Hormon dan penerima hormon (receptors) yang cukup.

Kedua-duanya perlu untuk memastikan penghasilan susu berjalan berfungsi. Bergantung juga kepada faktor lain contohnya seperti diabetes tahap 2 (diabetes ketika hamil), menyebabkan insulin tidak menerima penerima insulin.

Banyak hormon terlibat dalam proses penghasilan susu. Prolactin adalah hormon stimulasi susu yang penting. Terdapat sedikit dalam badan, namun masa hamil meningkat dan mencapai kemuncak semasa bersalin. Semasa hamil, tidak banyak susu dihasilkan kerana uri menghasilkan progesterone yang tinggi, mengganggu penerima prolactin dalam sel penghasilan susu, menghalang prolactin berfungsi. Hanya menghasilkan kolostrum. Ini dikenali lactogenesis I.

Bila uri telah keluar ketika bersalin, progesterone akan turun mendadak dan prolactin mula berkerja. Dalam 30 ke 40 jam, perubahan pengeluaran ke susu penuh bermula. . Ini dikenali lactogenesis II, iaitu susu dah mula keluar.

Kekerapan, berapa cekap susu dikeluarkan dan distimulasikan.

Hari pertama sehingga beberapa minggu pertama penting untuk memastikan bekalan susu ibu akan terus cukup. Dalam masa beberapa minggu selepas bersalin, badan akan bersihkan hormon dari badan, prolactin akan berkurang. Di peringkat bebreapa minggu awal, semakin kerap prolactin diterja kesan stimulasi hisapan bayi dan payudara dikosongkan, semakin tinggi tahap peredarannya. Pada masa sama penerima prolactin akan bertambah berganda-ganda.

Sampai satu tahap prolactin akan menurun dan penerima telah stabil, proses penghasilan susu akan berubah daripada, bermula kerana dipengaruhi hormon (endocrine) kepada dikawal sendiri oleh payudara (autocrine), bergantung kepada permintaan bayi.

Bayi hisap, saraf di puting dan areola akan hantar isyarat ke otak. Hormon oxytocin akan di lepaskan. Hormon ini menyebabkan otot alveoli menegang menekan saluran susu menyebabkan susu keluar. Proses ini dipanggil milk ejection/let down. Jika tiada reflex ini, susu ibu tidak dikosongkan sepenuhnya. Bila tidak dikosongkan, payudara akan hantar isyarat untuk potong bekalan susu.

Sebenarnya susu sentiasa dihasilkan. Tidak perlu tunggu penuh. Jika bayi sedang menyusu, susu sedia ada telah habis, susu baru dihasilkan. Bayi mungkin menangis kerana susu ibu sedikit, dan kita sangka susu telah habis. Sebenarnya bayi menangis kerana nakkan susu ibu yang banyak.

Saya pun sebelumnya ni sangka susu habis. Bila rasa susu “habis”, saya minum air masa tu juga untuk tambah susu. Susu akan bertambah. Rupanya betul kerana susu sentiasa dihasilkan.

Ini bab pertama dalam buku tu. Insyallah sambung lagi nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *