Tip Bayi & Anak-anak

Cadangan Hidangan untuk bayi 6 bulan ke atas.

Minggu hadapan minggu terakhir berpuasa. Bagaimana ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu badan bayi? Harapnya tiada masalah. Alhamdulillah saya tiada masalah dengan bayi saya. Bayi saya dah mula makan, baru pandai nak telan. Dapat lah masuk 2,3 suap. Kena try and error cara menyuapnya.

Hidangan saya sertakan adalah mengikut kategori keperluan harian berdasarkan umur bayi.

6 ke 7 bulan
Kategori Bijirin – Bijirin beras bayi diambil 2 kali sehari sebanyak 1- 3 sudu besar
Kategori Susu – Susu diambil 4 kali sehari sebanyak180 ml – 240 ml
Kategori Sayur -Sayuran hijau, bayam, karot, ubi kentang yang dimasak diambil 2 kali sehari sebanyak 2 – 3 sudu besar
Kategori Buah -Buah-buahan diambil 2 kali sehari. Jus buah dicairkan (kecuali oren dan tomato) diambil 2 kali sehari sebanyak 90 – 120 ml. Atau buah-buahan di hancurkan(pureed) seperti betik, epal, pisang sebanyak 2- 3 sudu besar
Kategori Daging atau alternatif -Kacang pea, tofu hancur(mashed),kekacang dihancurkan sebanyak 1- 2 sudu besar mengikut keperluan

8 ke 9 bulan
Kategori Bijirin – Bubur ikan atau campuran bijirin, oat, diambil 2 kali sehari sebanyak 3- 5 sudu besar. Berikan biskut atau roti sebagai snek.
Kategori Susu – Susu diambil 3 kali sehari sebanyak 210-240 ml
Kategori Sayur -Sayuran hijau dimasak dan cincang, bayam, karot, ubi kentang yang dimasak diambil 2 kali sehari sebanyak 3 – 5 sudu besar
Kategori Buah -Buah-buahan diambil 2 kali sehari. Jus buah dicairkan diambil 2 kali sehari sebanyak 90 – 120 ml. Atau buah-buahan dicincang
Kategori Daging atau alternatif –ikan tanpa tulang, tofu hancur, kekacang daging merah dihancur halus sebanyak 2 sudu besar 2 kali sehari.

Perhatian
 elak makanan yang boleh menyebabkan tercekik
 elak makanan berminyak, pedas atau bergoreng
 jus berikan tanpa pemanis.
 Boleh tambah yogurt untuk bayi

10-12 bulan
Kategori Bijirin – bijirin, mee hoon. Bubur dengan daging merah, ayam atau ikan dicincang/lenyek. Diambil 2 – 3 kali sehari sebanyak ¾ – 1 mangkuk. Berikan biskut atau roti sebagai snek.
Kategori Susu – Susu diambil 3 kali sehari sebanyak 240 ml
Kategori Sayur -Sayuran hijau dimasak dan cincang, bayam, karot, saleri yang dimasak diambil 2 – 3 kali sehari sebanyak 3 – 5 sudu besar
Kategori Buah -Buah-buahan diambil 2 kali sehari. Jus buah dicairkan (kecuali oren dan tomato) diambil 2 kali sehari sebanyak 90 – 120 ml. Atau buah-buahan yang lembut dipotong kecil-kecil seperti pisang, oren, pear dan mangga.
Kategori Daging atau alternatif – tofu, kekacang, daging merah, ayam dihancur halus sebanyak 2 sudu besar 2 kali sehari.

Boleh mula ajar bayi makan sendiri.

Selepas 12 bulan baru boleh mula beri telur. Sebelum 1 tahun elakan ambil telur putih.

Pengalaman saya, agak susah untuk memberikan bayi mengikut keperluan dia. Selalunya lebih kepada kehendak dia. Jadi kita kena kreatif pelbagai rasa, bentuk, saiz dan warna untuk tarik perhatian anak kita untuk makan. Kadang makanan tu saya jadikan macam kapalterbang, terbang masuk ke mulutnya:p. Main sambil makan.

Kita perlu tahu tahap pemakanan mengikut umur ini untuk mengelak masalah alergi pada bayi. Saya alami masalah semasa anak sulung kerana tiada pengalaman. Alhamdulillah selepas mengikut panduan pemakanan yang betul, anak-anak yang lain tiada masalah kesihatan yang kerap. Bayi Dafinah saya sekarang 6 bulan, semalam kene selsema. Itu pun tidak serius. Alhamdulillah sebelum ini tidak pernah demam, batuk atau selsema walau abang dan kakaknya sakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *