Tip Bayi & Anak-anak

Pemakanan ibu menyusu susu ibu

Selalu juga ibu-ibu bertanya bagaimana untuk memperbanyakan susu ibu. Alhamdulillah saya tiada masalah penyusuan susu ibu.

Ibu-ibu ini kerap bertanya pil atau ubat yang dapat menambah susu ibu. Contohnya saya amal makan produk NR ( Nona Roguy ) seperti Akar Herbanika dan Phytonatal dapat memperbanyakan susu saya. begitu juga bila saya makan kurma. Banyak lagi cara lain yang dapat membantu pertambahan susu ibu . Namun sebenarnya yang utama adalah cara pemakanan kita dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi. Jika kurang dan tidak menjaga pemakanan susu ibu akan berkurang, malah bermasalah. Jadi walau ambil ubatan ini, jika tidak menjaga pemakanan, susu ibu tetap kurang.

Aha nanti dah bagi tip ni, semua makan banyak-banyak, dah gemuk pula jadinya. Makan seimbang dan pada waktunya, itu yang penting. Nampak mudah, tapi perlu displin tinggi terutama mereka yang bekerja sentiasa perlu keluar dan tiada waktu makan tetap. Setiap hari pastikan makan pada masa yang sama. Campur tolak ½ jam ok lagi le.

Contoh jadual pemakanan ibu harian.

  • sarapan pukul 8 – ambil sebungkus nasi lemak (1 mangkuk kecil) atau sekeping roti canai dan air milo.
  • tea pukul 10 –  ambil 3 keping biskut atau buah epal sebiji dan air.
  • makan tengahari pukul 1 – makan nasi 1 mangkuk kecil, ikan atau ayam atau daging dan sayur dan air.
  • tea pukul 4 – pilihan samada 3 keping biskut, epal etc dan air
  • makan malam pukul 7- makan nasi 1 mangkuk kecil, ikan atau ayam atau daging dan sayur dan air
  • supper pukul 10 – sama seperti tea break.

Sentiasa sediakan biskut atau makanan ringan berkhasiat mudah diambil jika tiada watu rehat pada waktu patut makan.

Selain makan, air juga perlu cukup 8 gelas sehari. Boleh perhatikan, jika bibir kering, itu tanda kurang air. Ada kata dalam pantang bersalin tidak boleh minum air banyak. Tidak betul. Cuma cara minum tu biar 1 cawan sekali minum. Jangan minum dengan banyak dalam satu masa. Ini juga bagus untuk elak perut buncit jika tidak minum sekaligus 2,3 cawan.

Pemakanan tidak menentu juga mempengaruhi kualiti susu ibu, bukan ganggu kuantiti susu ibu saja. Boleh menyebabkan badan kita masuk angin, lewat makan, bayi juga boleh jadi kembung.

Sebenarnya ada juga waktu susu ibu saya kurang. Terutama jika saya tidak menjaga pemakanan atau tiba-tiba bayi saya kerap pula menyusu susu ibu. Pernah ketika dalam pantang bersalin Damia, saya agak stress takut tiada susu ibu untuknya ketika bekerja, perah susu, tak dapat banyak. Namun masa bekerja saya berjaya perah susu dapat 2 botol besar penuh untuk 2 bulan pertama saya bekerja. Bulan ke 3 dah berhenti kerja. Biasa bila terjadi kurang susu saya minum dan makan segera. Bayi memang akan menangis tidak cukup susu. Saya pujuk dan tidurkan dia seketika sementara menanti susu kembali ada. Kalau terus melayan bayi, kita rasa tertekan, sudah tentu susu berkurang atau lambat bertambah semula.

Walau apa pun, untuk pastikan susu ibu berterusan ada, jangan campur dengan susu formula. Ada yang risau, ambil susu formula. Hanya burukan keadaan sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *