Tip Bayi & Anak-anak, Tip Penyusuan

Susu Formula

Satu masa dahulu kebanyakan bayi dibesarkan dengan susu formula. Kini ramai mulai mengetahui kebaikan susu ibu dan menyusukan bayi dengan susu ibu. Namun menyusu dengan susu formula juga masih boleh membesarkan bayi yang sihat, sama ada menggunakan susu formula atau campuran susu badan. Tetapi penting anda ketahui jenis yang sesuai untuk bayi anda.

Susu formula lembu – susu lembu sahaja tidak selamat diambil oleh bayi. Bayi perlu mengambil susu yang telah diproses menjadi susu formula. Campuran protein dan gula adalah tidak betul, bayi yang diberi susu lembu terus akan menyebabkan ia sakit. Begitu juga susu sejat (evaporated), tidak selamat untuk bayi. Formula dari kacang dan bijirin pula kurang berkhasiat

Susu formula soya – dahulu ia diberikan kepada bayi yang tidak sesuai dengan susu formula susu akibat alergi atau masalah penghadaman. Kini doktor beranggapan susu ini sesuai untuk semua bayi yang tidak menyusu badan. Bayi lahir pramatang kurang 1.8kg tidak patut ambil susu formula soya. Dan pastikan juga ia susu formula soya bukan soya asal. Susu formula soya telah dimasukkan khasiat yang diperlukan oleh bayi untuk pembesaran. Susu soya biasa tidak mempunyai khasiat ini.

Susu formula soya mempunyai kebaikan berbanding susu formula lembu. Sesetengah bayi mengalami alergi akibat kandungan protein dalam susu formula lembu dan mungkin menyebabkan menangis berlebihan. Susu formula soya tidak mempunyai masalah berkaitan protein dan tiada laktos, jadi bayi mudah menghadamnya.

Namun susu formula soya, berkemungkinan terdapat kandungan aluminium yang tinggi. Ia mempunyai kesan yang tidak baik kepada badan dan bayi pramatang. Bayi yang cukup bulan tiada masalah. Ada juga kajian yang menyatakan kimia tertentu dalam susu formula soya memberi kesan tidak sihat kepada pembangunan sihat organ-organ seksual, tetapi ia jarang terjadi. Saintis masih belum pasti namun terdapat isu mengenainya.

Alergi. Mengalami simpton seperti cirit-birit, berat badan yang kurang dan kering serta ruam. Sejarah keluarga yang alergi terhadap susu lembu juga penting untuk diketahui. Namun untuk orang dewasa, mereka mengalami tidak tolerens pada laktose bukan alergi. Ada juga bayi yang alergi kepada protein dalam susu formula lembu dan juga protein dalam formula soya. Bayi begini perlu mendapat susu khas. Dapatkan nasihat doktor.

Anak sulung saya tidak menyusu badan. Macam-macam masalah. Minum susu formula lembu, alami alergi. Minum susu soya alami sembelit pula. Cuma ketika itu saya tidak tahu mengenai masalah-masalah ini. Bila saya mengetahuinya, terasa menyesal tidak menyusu badan. Hanya dalam beberapa minggu sahaja susu badan. Anak-anak saya yang lain 100% susu badan.
Jadi sebenarnya yang terbaik adalah susu ibu. Dengan pelbagai kemudahan sekarang , untuk ibu bekerja mudah memerah susu di tempat bekerja. Dan kepada ibu yang tidak bekerja tiada sebab untuk memberi susu badan.

Kami di www.mamadamia.com ada menawarkan diskaun 10% untuk breast pump jenama Spectra. Stok terhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *