Tip Bersalin dan Berpantang

Kehamilan Postmaturity

Definisi postmaturity adalah kehamilan melebihi 42 minggu atau 294 hari selepas period yang terakhir (LMP). Jika boleh, semasa trimester pertama, pemeriksaan untrasound juga perlu dibuat untuk menentukan tarikh jangkaan sebenar, bukan semata-mata berdasarkan tarikh LMP untuk elak tarikh yang salah.

Ketika mengandung anak ke 4, tarikh jangkaan saya dibuat berdasarkan pemeriksaan ultrasound. Ketika itu saya tidak period selama 2 bulan, saya sendiri sangka telah mengandung 2 bulan. Saya pergi membuat pemeriksaan selepas 2 bulan dan doktor sahkan baru sebulan. Sebelum 6 minggu, hanya nampak kantung bayi, belum nampak denyutan jantung. Dari situ boleh tahu usia kandungan.

Risiko perinatal(berkaitan ketika bersalin) akibat kehamilan yang berpanjangan
1) Selepas minggu ke 41, fungsi uri akan berkurang dan tidak mencukupi, mengurangkan oksigen dan nutrien ke janin. Kekurangan ini meningkatkan risiko intrapartum fetal hypoxia, menyebabkan kerosakan fungsi sehingga kerosakan perkembangan psikik
2) Meningkatkan risiko sindrom aspirasi meconium (bayi baru lahir bernafas dengan campuran meconium dan cecair amniotik ke dalam paru-paru ketika bersalin) dan neonatal hypoglycaemia (bayi tidak dapat mengekalkan tahap konsentrasi plasma glukosa melebihi 30 mg/dL (1.7 mmol/L))
3) Risiko kematian bati ketika bersalin atau kematian bayi baru lahir (bagi wanita sihat dengan kehamilan normal) adalah lebih tinggi pada minggu ke 42 berbanding minggu ke 37
4) Risiko fetal macrosomia, iaitu berat melebihi 4 kg dan kecederaan ketika bersalin
5) Meningkat risiko epilepsi pada bayi baru lahir, terutama jika bersalin menggunakan bantuan atau bersalin secara caesarian

Lebih kurang 7.5% kehamilan berlaku sehingga 42 minggu atau lebih. Sindrom postmaturity boleh dilihat pada bayi yang lahir selepas 42 minggu atau lebih. Faktor risiko berlaku tinggi kepada mereka yang pernah mengalaminya

Simptom
1) Bayi baru lahir mempunyai jumlah lemak lebih rendah dari normal akibat kekurangan nutirisi dan mengurangkan jisim tisu lembut
2) Kulit mungkin menggeleber, berlapis dan kering
3) Kuku tangan dan kaki lebih panjang dan kesan kuning daripada najis awal bayi(meconium) yang telah dibuang bayi. Ia juga mengurangkan bekalan oksigen.

Tanda berlaku postmaturity
1) Sebelum bersalin mungkin berlaku kurang pergerakan janin
2) Jumlah cecair amniotik mungkin mengurangkan saiz rahim
3) Cecair amniotik kesan-meconium boleh dilihat apabila membran dipecahkan

Ibu yang tidak mempunyai tanda dan tidak bercadang bersalin secara paksaan (induce), perlu membuat pemeriksaan untuk memantau fungsi uri dan kesihatan janin. Namun terdapat cadangan supaya ibu ini dipaksa bersalin selepas minggu ke 41 atau selepas 10 hari lewat.

Seorang kawan saya hamil melebihi 40 minggu, setiap hari dia melakukan pemeriksaan. Namun Allah lebih menyayangi bayinya. Selepas minggu ke 41 kawan saya tidak rasa pergerakan bayinya. Dia tidak terus membuat pemeriksaan, lewat petang baru pergi dan bayinya telah tiada. Anaknya sepatutnya kini 10 tahun. Namun agak sedih juga dia tidak mempunyai anak lagi selepas itu (saya juga telah terputus hubungan 4 tahun yang lalu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *