Tip Bersalin dan Berpantang

Kelas Antenatal

Bagi ibu yang hamil terutama pertama kali bakal bersalin digalakkan menghadiri kelas antenatal untuk mempelajari dan membuat persediaan berkenaan mengandung, proses bersalin, penjagaan bayi dan mengenai penyusuan badan. Kelas antenatal terdapat dalam pelbagai bentuk. Kelas antenatal ini boleh didapati di hospital-hospital dan jika di bandar-bandar besar terdapat perkhidmatan mengenai kelas antenatal persendirian. Biasanya perlu membayar. Boleh dihadiri bersama pasangan masing-masing. Ia bertujuan juga agar anda dan suami mendapat kemahiran dan keyakinan untuk melalui proses kelahiran dengan pengalaman yang positif. Boleh mula menghadiri kelas ini pada minggu ke 28 hamil.

Keperluan kelas antenatal ini sebenarnya selain menumpukan kepada kehamilan dan kelahiran bayi, ia juga menjadi tempat untuk berjumpa bakal ibu bapa yang lain dan bertukar-tukar fikiran.

Di dalam kelas akan diajar berkenaan semasa kehamilan, maklumat mengenai proses bersalin dan kelahiran, prosedur perubatan, cadangan terkini mengenai teknik persediaan fizikal, mental, emosi dan proses kelahiran, nasihat mengenai teknik berehat, peluang berbincang mengenai pilihan bersalin dan posisi-posisi, panduan pilihan mengurangkan kesakitan, mempelajari teknik pernafasan ketika bersalin, membuat pertanyaan dan mencuba apa yang akan berlaku ketika bersalin, aspek penjagaan bayi dan penyusuan

Kelas berbeza mengikut terma dan masa. Terdapat pelbagai sesi berbeza, biasanya antara 3 ke 6 sesi. Waktu sama ada pada tengah hari atau petang dan pada hari-hari tertentu. Kelas persendirian akan dilakukan oleh pengajar terlatih. Manakala kelas di hospital biasanya pula dijalankan oleh jururawat, bidan hospital, doktor atau ahli fisioterapi. Jika kelas di hospital, bakal ibu bapa akan turut dibawa melawat di sekeliling bilik bersalin. Jadi anda akan biasa dengan susunan dan mengetahui apa yang berlaku nanti.

Anda perlu tempah untuk menghadiri kelas ini dan membuat perancangan bila anda boleh hadir kelas ini. Namun bergantung pada anda. Ada mengatakan ada dipelajari di kelas berbeza dengan sebenar berlaku. Tentu sekali berbeza kerana ketika bersalin, kesakitan adalah benar-benar terjadi tetapi dengan teknik yang betul memudahkan bersalin. Jika tidak ketika itu baru anda diajar minta tarik nafas dan lain-lain untuk meneran. Dalam keadaan kesakitan mungkin kita tidak mendengarnya dengan jelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *