Tip Bayi & Anak-anak

Bayi Pramatang

Tentu tiada ibu bapa yang ingin anaknya dilahirkan tidak cukup bulan. Namun 7% daripada bayi dilahirkan adalah bayi tidak cukup bulan. Dengan teknologi sekarang sebanyak 9 daripada 10 orang bayi akan membesar menjalani kehidupan yang normal. Adik ipar saya yang bongsu dilahirkan tidak cukup bulan, tetapi sekarang dia adalah yang paling tinggi dalam keluarga suami saya seramai 11 orang. Makcik saya juga dilahirkan tidak cukup bulan. Kini dah berumur 50-an dan mempunyai 3 anak.

Bayi dikategorikan sebagai pramatang jika lahir sebelum 37 minggu. Ini kerana pada ketika ini bayi ini masih tidak mencapai perkembangan yang membenarkan ia hidup di luar rahim. Biasanya sesetengah organ akan matang antara minggu ke 34 dan 37 dan matang sepenuhnya pada minggu ke 37. Organ terpenting yang memberi kesan kepada bayi pramatang adalah paru-parunya. Kerana itu bayi dimasukkan ke ventilator.

Tanda dan simpton kelahiran pramatang adalah berlaku kontraksi 4 atau lebih dalam masa 1 jam sebelum 37 minggu. Berbanding tanda palsu, tanda kelahiran sebenar akan disertai dengan pemendekan dan penipisan servikal. Pendarahan vaginal, tekanan berat pada pelvis atau kesakitan pada abdomen atau belakang atau pengeluaran air dari vaginal. Dalam sesetengah kes, berlaku pengempangan serviks tanpa kesakitan atau kontraksi, jadi ibu tiada tanda sehingga saat akhir untuk bersalin

Penyebabnya biasanya berlaku kepada ibu yang mengalami keadaan di bawah
– terlalu muda atau terlalu tua.
– kekurangan nutrisi pada ibu
– mengalami diabetes atau hypertension
– yang pernah mengalami kelahiran pramatang sebelumnya
– kelahiran kembar
– mengalami jangkitan kuman

Bayi akan dibenarkan pulang apabila dia mula menyusu dengan baik, beratnya bertambah serta dapat meyakinkan staf di unit rawatan mengenai statusnya. Mungkin selepas 36 minggu mengikut tarikh asalnya atau beratnya melebihi 1,800 gram. Namun jika lahir sebelum 30 minggu mungkin akan mengambil masa yang lebih panjang.

Susu ibu adalah bagus untuk memberi khasiat kepada bayi anda. Biarkan dia menyusu dengan kerap dan kejutkan jika dia terus tidur melebihi 3 jam pada waktu malam. Biasanya digalakkan menyusu sehingga 6 bulan, untuk bayi pramatang digalakan lebih lama berbanding bayi normal.

Mungkin ada bayi yang memerlukan oksigen tambahan semasa di rumah untuk beberapa ketika. Pastika terdapat pantauan daripada doktor bayi anda.
Apnoe iaitu amaran berhenti pernafasan dipasang disesetengah negara untuk mengesan jika pernafasan bayi terhenti. Namun negara kita tidak mengalakan pemasangan alat ini kerana hanya membuat ibu bapa lebih risau.

Anda juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan cot death. Kerana kemungkinan adalah tinggi bagi bayi yang dilahirkan berat yang kurang
– biarkan tidur bersama anda di bilik yang sama. Di Malaysia kebanyakannya mengamalkan tidur bersama bayi jadi tidak menjadi masalah.
– Pastikan suhu badannya tidak terlalu panas ketika tidur. Mungkin boleh letakkan termometer untuk menyukat suhu bilik sekitar 24 C.
– Jangan tidurkannya menelentang muka ke bawah kecuali atas nasihat pakar anak anda
– Pastikan selimut tidak longgar
– Jika tidak sihat hubungi doktor dengan segera
– Jangan biarkan dia tidak menyusu melebihi 3 jam pada waktu malam
– Jangan merokok di rumah. Asap rokok akan menyebabkan bayi mengalami asma dan jangkitan pada telinga dan dada

Tentu ramai juga yang datang melawat bayi anda. Jadi jika pelawat mengalami selesema, batuk atau jangkitan minta berhati-hati, mudah berjangkit pada bayi. Terutama bayi yang menyusu susu formula.

Langkah terbaik buat pemeriksaan atau ikut nasihat diberikan oleh doktor untuk elak berlaku kelahiran pramatang ini. Ketika mengandung anak kembar dahulu, dengan mengambil langkah berjaga-jaga saya dapat teruskan kehamilan sehingga minggu ke 37 dan bersalin anak secara normal. Ketika itu telah mula berlaku kontraksi kuat ketika minggu ke 33. Namun jika tidak dapat dielak, pastikan anda juga telah bersedia.

Memperkenalkan produk baru Mama N Damia, Barut Bayi Melengkung Damia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.mybengkung.com/bayi.html . Kini juga berlangsung tawaran istimewa di www.mamadamia.com sehingga 15 Januari 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *