Senarai Keperluan Ibu Berpantang

Tentu seronok untuk menimang cahaya mata, namun jangan lupa untuk menyediakan kelengkapan diri sendiri. Persediaan awal keperluan ibu berpantang juga penting, dapat bantu memudahkan penjagaan ketika berpantang.

Pakaian dalam pantang

  • Baju yang selesa ketika berpantang, biasanya dalam pantang mudah berpeluh
  • Kain batik – mudah pakai kain batik kerana perut yang masih besar
  • Pad bersalin – saiz lebih besar dan lembut berbanding pad period biasa.
  • stokin – elak kaki sejuk dan angin masuk ke badan
  • Bengkung/barut – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut

Makanan kesihatan/tambahan

  • Susu – bergantung pada individu. Saya tidak sesuai minum susu lembu jadi saya tidak ambil susu lembu
  • Pil tambahan kesihatan – bagus untuk memberi tenaga tambahan, boleh dapatkan nasihat doktor
  • Jamu/herba bersalin – bergantung pada individu, namun ia bagus untuk kesihatan dan pastikan jamu/herba itu sesuai untuk kita. Jika ingin menyusu badan ada jamu/herba yang tidak sesuai.

Penyusuan susu ibu

  • Bra menyusu susu ibu– mudah menyusu dan tidak merosakkan bra
  • Bantal bantuan menyusu/ nursing pillow – untuk menampung bayi, boleh gunakan bantal biasa namun mungkin kurang selesa. Tanpa bantal ini, agak penat memegang bayi untuk tempoh lama
  • Pad alas payudara / breast pad – untuk elak susu ibu melimpah. Kadang-kadang payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu ibu. Sesuai untuk ke pejabat, ada masa susu akan meleleh keluar.
  • Pam perah susu / breast pump (ibu bekerja) – ada jenis manual, bateri dan eletrik.
  • Poncho menyusu – sesuai jika ingin menyusu bayi di luar rumah.

Lain-lain

  • Bidan/tukang urut – sekarang terdapat yang untuk spa dan untuk mengurut bersalin. Pastikan mereka mahir mengurut untuk bersalin
  • Batu tungku – bergantung pada keperluan. Bagus untuk melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak.
  • Buku-buku panduan kesihatan, kelahiran dan penjagaan bayi – bagus terutama bersalin anak sulung.Kita fikir mudah untuk menguruskan bayi. Namun sebenarnya bila kita perlu menjaga sendiri keadaan berbeza.

Buatlah persediaan awal. Jadi selepas bersalin, tumpuan sebenar ketika pantang adalah untuk menjaga bayi serta mengamalkan jagaan kesihatan agar ibu cepat sembuh.

Untuk dapatkan barangan keperluan boleh layari

www.mamadamia.com - pelbagai barangan ibu dan bayi, moden dan tradisional
www.mybengkung.com – bengkung ibu
www.nonaku.com – Nona Roguy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>