Tip Bayi & Anak-anak

Perubahan dan cabaran penjagaan bayi selepas 6 bulan

Bayi akan bersemangat makan makanan pejal beberapa bulan pertama selepas diperkenalkan. Kemudian tiba-tiba hilang selera makan. Salah satu sebabnya adalah kerana kadar pertambahan berat bayi mula berkurang secara semula jadi sepanjang 12 ke 15 bulan. Mungkin juga pertumbuhan gigi. Ada yang tidak mahu menyusu lagi, atau ada yang tidak mahu makan makanan pejal. Selepas 6 bulan bayi tidak mahu disuap makan lagi. Anda boleh bagi makanan yang boleh dipegang (finger food) ketika menyuap makanan. Anda juga mungkin perlu menjadualkan semula pemakan ke 3 hari sehari.

Tidak mahu sayuran. Jika tiba-tiba anak anda berumur setahun tidak mahu makan sayur yang disukai minggu lepas, biarkan sahaja. Jika anda tidak memaksanya, mungkin dia akan makan semula minggu depan atau bulan depan. Jika anda memaksanya, anak hanya memaksa dia fikir makanan itu adalah musuhnya. Perasaan tidak suka yang sementara akan menjadi kekal.

Jika dia tolak kebanyakan sayur, tetapi suka pada buah-buahan, biarkan dia ambil lebih dari biasa. Jika dia ambil cukup buah-buahan, susu dan bijirin yang berkualiti, dia tidak akan kekurangan khasiat dari sayuran yang tidak diambil.

Di sekitar umur setahun, bayi akan mula berubah perasaan mereka terhadap makanan. Mereka agak memilih dan menjadi kurang lapar. Ini kerana jika mereka berterusan makan ketika masih kecil, mereka akan menjadi terlalu besar.

Selera makan akan berbeza-beza dari hari ke hari. Kita sendiri orang dewasa, makan makanan berbeza setiap hari. Dan anda juga perlu menjangka cita rasa bayi anda juga berubah-ubah.

Saya selalunya menyediakan bubur untuk bayi saya gunakan slow cooker dan saya hancurkan gunakan penapis. Menu saya akan ubah setiap 3 ke 4 hari. Dulu ketika anak sulung saya tak tau, saya sediakan sama sahaja sehingga dia bosan makan makanan tu baru saya tukar. Tetapi untuk anak ke 3 dan ke 4, saya ubah menu sebelum dia bosan makan makanan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *