Tip Kesihatan, Tip Pemakanan

Cyst hilang dengan Nona Roguy

Sebenarnya beberapa bulan lepas saya alami ovarian cysts. Cysts ni penyakit ketumbuhan dalam rahim. Ini bukan kali pertama. Sebelum ni, saya pernah alami tahun 1998. Saya jalani laparoscopy untuk membuang cysts. Ibu saya juga alami ovarian cysts. Biasa cyst ini akan membesar jika dibiarkan. Makcik saya juga alami masalah dalam rahim, begitu juga nenek saya. Jadi penyakit berkaitan dengan rahim ada dalam gen saya.

Semasa pembedahan, doktor dapati saya ada endometriosis juga. Saya memang alami period yang tidak betul. Saya agak risau kerana saya baru berkahwin dan masih tidak mempunyai anak. Pesakit yang alami endo ini biasanya sukar untuk mengandung. Alhamdulillah selepas 7 bulan pembedahan dan selesai ambil ubat yang diberi saya mengandung. Kembar pula tu.

Itu cerita 11 tahun dahulu. Terkini. Awal tahun ini, saya kesan period saya jadi tidak betul. Buat pemeriksaan, rupanya ada cysts. Saiz dah 5.4 cm. Kali pertama dulu hanya 1 cm dan bulan depan nya naik 1 cm lebih lagi. Patutlah rasa perut buncit sedikit. Saiz 5 cm sama besar janin 3 bulan jika mengandung. Saya jalani ujian untuk memastikan samada ianya kanser atau cysts biasa. Alhamdulillah cysts biasa. Saya cuba elak untuk jalani pembedahan. Nona Roguy ada produk untuk masalah-masalah seperti ini. Saya kerap mendengar testimoni pelanggan saya yang datang. Mereka dulu alami fibroid, cysts dan menggunakan produk Nona Roguy sahaja untuk sembuh.

Saya dapatkan nasihat konsultan. Saya amal makan Phytonatal, Akar herbanika, Mawar Segar dan Phytox sementara menunggu konsultan menyediakan resepi khas untuk saya. Kemudian selepas seminggu, baru saya amal resepi khas itu. Sebulan selepas itu, saya buat pemeriksaan. Cysts saya sudah mengecut, saiz kini 3.3 cm sahaja. Ada perubahan. Doktor minta saya datang semula selepas 3 bulan untuk melihat ada sebarang perubahan. Saya terangkan pada doktor saya amal makan Nona Roguy. Saya turut menjaga pemakanan saya. Saya elak makan daging dan ayam.

2 minggu lepas, saya pergi buat pemeriksaan untuk melihat sebarang perubahan. Alhamdulillah dah tiada cysts saya. Syukur. Saya gembira dapat elak jalani pembedahan. Dulu, saya sangka ubatan tradisional tidak mampu mengubati penyakit. Semua perlu melalui perubatan moden. Ketika ibu saya alami cyst 27 tahun dulu, dia cuba pelbagai cara tradisional. Namun tidak berjaya, sehingga cystsnya membesar sebesar buah kelapa. Tanpa disedari dia juga sedang mengandung 4 bulan. Ketika membuat pemeriksaan doktor dapati dia mengandung. Bayangkan terpaksa membuat pembedahan dan ibu saya membuat keputusan untuk teruskan kandungannya. Alhamdulillah adik saya lahir sihat.

Kesimpulannya, ada ubatan tradisional kita yang mampu mengubati penyakit tanpa rawatan moden dengan syarat pastikan cara yang betul. Ini juga penting. Ubatan samada heba atau moden tidak boleh diambil tanpa peraturan yang betul, mungkin menyebabkan masalah

2 thoughts on “Cyst hilang dengan Nona Roguy

  1. W’salam

    Saya perlukan maklumat lanjut untuk berikan amalan secara tepat. Asasnya kena ambil Phytonatal, Akar Herbanika, Phytox dan Mawar Segar. Untuk luaran, boleh sapu minyak herbanika dan krim syifa.

    Boleh email ke sales@mamadamia.com untuk maklumat lanjut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *