Tip Bayi & Anak-anak

Kulit bayi baru lahir

Kebanyakan bayi daripada pelbagai bangsa atau etnik dilahirkan dengan kulit yang cerah dan kulit yang ‘pinkish’. Iaitu warna yang datang dari saluran darah merah, menunjukan kulit bayi anda masih nipis.

Warna kulit bayi baru lahir berbeza mengikut berapa minggu anda mengandung semasa bayi dilahirkan. Bayi pramatang mempunyai kulit yang nipis, iaitu kulit yang transparent dan mungkin diliputi dengan lanugo iaitu rambut yang halus. Mereka juga mungkin masih dilitupi dengan vernix, gris putih untuk melindungi kulit dari cecair amniotic. Bayi yang lahir cukup bulan atau lewat akan ada sedikit sahaja vernix. Bayi yang lahir lewat mungkin akan sedikit kelihatan berkedut dan sedikit sahaja lanugo.

Kebanyakan ibu bapa menyangka warna kulit pinkish adalah kulit muka dan runsing apabila kulit bayi berubah atau semakin gelap dari tona warna asal selepas beberapa minggu ke setahun. Satu lagi penyebab bayi semakin kelihatan gelap, kerana mereka kehilangan air dan berat asal, ini menyebabkan kulit kelihatan pucat. Walau bagaimanapun bayi akan memperoleh tona kulit yang sihat (tetapi tidak semestinya kulit menjadi cerah) selepas patern pemakanan mula seimbang

Dalam budaya di mana kulit cerah dianggap cantik, ramai ibu mengandung makan makanan tertentu untuk mendapat bayi berkulit cerah. Kepercayaan ini termasuk mengambil hanya makanan berwarna putih. Kulit bayi sebenarnya bergantung pada gen anda iaitu kumpulan bangsa dan etnik bukan dari apa anda makan.
Ada juga amalan tradisional, orang-orang tua menasihatkan ibu-ibu mengurut bayi dengan susu mentah, krim segar atau kunyit. Amalan ini hanya mendatangkan masalah. Susu mentah mungkin mengandungi bakteria dan menyebabkan infeksi seperti cirit-birit. Dysentery, TB atau E coli. Krim segar berminyak dan mungkin menyebabkan ruam. Kunyit mungkin menyebabkan alergi dan lebam.

Ada juga ibu-ibu meletakkan bedak bayi dengan banyak, ini juga menghampakan. Bedak hanya akan melekat pada kulit yang lembap dan menyebabkan ketidakselesaan.

Dalam kes-kes tertentu, kulit bayi mungkin berubah akibat persekitaran atau sebab kesihatan. Kulit bayi akan kelihatan merah akibat suhu yang panas, atau dia mungkin kelihatan sedikit kebiruan akibat sejuk terutama pada kaki dan tangan yang terdedah. Ada bayi akan bertukar menjadi biru atau ungu kerana menangis kerterlaluan. Tetapi jika waran ini tidak hilang selepas bayi menangis atau bayi mengalami kebiruan selama beberapa hari, ini mungkin tanda kesukaran bernafas dan peredaran. Bawa jumpa doktor segera.

Ada bayi yang mengalami ruam kulit dan tanda lahir yang mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut. Penerangan mengenainya boleh rujuk semula di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *