Tip Bayi & Anak-anak

Perkembangan fizikal bayi

Belajar duduk. Kebanyakkan bayi mula dapat duduk tanpa sokongan bermula daripada 7 ke 9 bulan. Tetapi sebelum mereka dapat mengkoordinasikannya, mereka akan mencubanya. Jika anda memegang tangan mereka, mereka akan cuba mengangkat diri mereka sendiri. Anda mungkin tertanya-tanya bilakah bayi anda boleh mula duduk di dalam pram atau kerusi. Sebaiknya jangan mula biarkan bayi anda duduk tegak sebelum mereka dapat duduk tegak dengan sendiri dengan lama. Namun ini bukan bermakna anda tidak boleh tegakkannya seketika untuk bermain-main.

Ketika menukar pakaian, mereka tidak akan duduk diam. Ini adalah bertentangan dengan kebiasaan mereka. Sejak boleh meniarap sehingga ke setahun, ketika mereka mula boleh dipakaikan baju secara berdiri, mereka akan menangis atau bergelut untuk berbaring seperti mereka tidak pernah mendengar perkara itu terjadi. Cuba alih perhatian mereka dengan memberikan mainan sebelum membaringkan mereka.

Saya selalu menunjukkan di syiling ada cicak untuk alih perhatian untuk baring. Sampai satu tahap tidak boleh dipujuk, saya pakaikan baju dan lampin anak-anak saya sambil berdiri sahaja. Memang sukar nak pakaikannya sambil baring. Itu pun kadang-kadang ada adegan ‘kejar-mengejar’. Anak-anak saya seolah seronok bermain. Sampai satu saat mereka (dalam umur 2 tahun) tidak suka memakai seluar atau lampin. Jadi sesiapa datang ke kedai saya dan melihat anak saya yang kecil tu tidak berseluar, minta maaf lah ya. Biasanya dia akan buka sendiri jika dipakaikan seluar. Sampai satu saat nanti dia akan pakai juga. Setiap anak-anak saya sama perlakuan ini.

Menyusur dan merangkak. Apabila bayi anda mula mengangkat badan iaitu bermula daripada 6 bulan ke setahun.Bayi akan mula merangkak selepas bayi dapat mengangkat badan menggunakan tangan dan lutut, dan bergerak. Namun ada juga bayi duduk sahaja sehingga mereka belajar berdiri, tidak menyusur atau merangkak. Terdapat pelbagai cara menyusur atau merangkak dan mereka mungkin mengubah-ubah caara sebelum menjadi pakar. Ada yang menyusur ke belakang, ada yang ke tepi macam ketam.

Berdiri. Bermula biasanya di hujung umur setahun. Ada bayi yang mula berdiri di usia 7 bulan. Ada bayi yang tidak boleh berdiri selepas umur setahun. Ini biasa, terutama bayi yang agak besar. Ada juga yang agak lambat mengkoordinasikan kaki. Ini tidak menjadi masalah selagi doktor menyatakan mereka sihat.

Biasanya bayi yang mula belajar tidak tahu untuk duduk. Mereka akan berdiri sehingga penat. Ibu bapa akan tolong dudukkan mereka. Kemudian mereka akan berdiri semula. Jika mereka nampak kepenatan berdiri dan tidak mahu duduk, berikan mereka mainan agar mereka dapat duduk.

Lama-kelamaan mereka akan belajar untuk duduk dalam masa seminggu. Kemudian dia akan belajar bergerak dengan menirai, mula-mula menggunakan 2 tangan kemudian 1 tangan. Kemudian dia akan mula melepaskan tangannya apabila mendapat keseimbangan.
Berjalan. Terdapat banyak faktor mempengaruhi kebolehan berjalan. Faktor terbesar adalah faktor keturunan diikuti kemahuan, berat badan dan bagaimana dia mula merangkak, mendapat sakit atau pengalaman buruknya. Jika bayi anda baru belajar berjalan dan kemudian sakit selama 2 minggu, dia tidak cuba belajar p sehingga lepas sebulan. Bayi yang jatuh ketika cuba berjalan mungkin enggan melepaskan tangan sehingga beberapa minggu.

Kebanyakkan bayi akan berjalan antara 12 ke 15 bulan. Ada yang berjalan ketika 9 bulan. Ada juga sehingga 18 bulan. Anda tidak perlu buat apa-apa. Apabila otot, saraf dan semangatnya telah sedia, dia akan berjalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *