Tip Bayi & Anak-anak

Perkembangan fizikal bayi

Bayi akan mula mengawal badannya bermula dari kepala ke badan, tangan dan kaki. Ia mula belajar dalam masa sebulan lepas dilahirkan. Biasanya bayi selepas dilahirkan boleh memasukkan jari ke dalam mulut mereka, namun selalunya sukar melakukan dengan betul sehingga berusia 2 ke 3 bulan.

Dalam masa 2 ke 3 bulan, bayi akan menghabiskan masa berjam-jam memerhatikan tangannya, mengangkatnya sehingga terlanggar hidungnya. Dan mulakannya semula. Di sini bermula proses koordinasi mata dan tangan.

Fungsi tangan adalah untuk memegang. Biasanya beberapa minggu sebelum itu, ia memandang objek seolah-olah ingin memegangnya. Apabila ia mula dapat pegang ia akan memegang dan menghayun-hayunnya.

Pada pertengahan umur pertamanya, ia akan belajar untuk mencapai sesuatu yang boleh dicapai dengan tangannya. Ia akan belajar memindahkan objek dari satu tangan ke tangan lain.

Sama ada bayi anda adalah pengguna tangan kanan atau kiri tidak boleh ditentukan lagi ketika ini. Biasanya mereka menggunakan kedua-dua belah tangan sama banyak.
Kebolehan meniarap, duduk, berdiri atau berjalan berbeza-beza mengikut bayi. Ini akan berlaku selepas mereka dapat mengawal pergerakan kepala dan tangan. Dan juga bergantung pada kehendak dan berat bayi.

Bayi kali pertama belajar meniarap iaitu bermula dari berusia 2 bulan ke 6 bulan. Apabila mula belajar, jangan dibiarkan sendirian di tempat tinggi walaupun di atas katil kita. Ia berlaku dengan pantas dan kita tidak ingin ia jatuh. Jika ia jatuh dan menangis, kemudian berhenti menangis dan tiada perubahan pada warna dan aktivitinya, kemungkinan ia baik. Namun jika anda perasan perubahan seperti meragam, tidak tidur atau makan keesokan harinya, bawa jumpa doktor dengan segera.

Pengalaman saya, saya letakkan bayi saya dalam playpen jika saya tidak bersamanya atau tidurkan dia. Apabila ia dah agak besar, dan suka turun dengan sendiri dari atas katil, saya ajarnya cara turun. Saya ajar turunkan kaki dahulu bukan kepala dahulu. Jadi tangannya akan memaut katil semasa turun sebelum kakinya mencecah lantai. Namun PENTING, jangan sekali-sekali biarkan dia turun sendiri tanpa pemantauan. Tujuan saya ajar adalah agar jika kebetulan saya leka dan terlupa, dia boleh turun dengan selamat. Kadang sesuatu berlaku terlalu pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *