Tip Kehamilan / Mengandung

Hubungan intim ketika mengandung II

Hari ini saya berikan tip-tip dari Wanita Hari Ini yang diberikan oleh Dr Ismail Thamby.

Ada wanita menjadi dingin kerana berasakan badannya gemuk dan tidak menarik. Mereka menjadi rendah diri. Sebenarnya tidak perlu berasa begini. Fikirkan bahagian badan yang menjadi lebih menarik ketika mengandung. Contohnya kulit kita menjadi lembut dan payudara lebih besar. Namun ada juga menjadi dingin kerana perubahan hormon. Faraj menjadi kering dan terasa sakit. Boleh gunakan pelicin.

Ada pula suami takut kerana risau terkena kepala bayi atau boleh mencederakan bayi. Perlu terangkan pada suami. Jika sukar untuk terangkan, bawa suami bersama-sama ketika membuat pemeriksaan dan minta doktor terangkan.

Posisi juga perlu diubah dari kebiasaan jika tidak selesa atau sakit dengan posisi berkenaan. Jika bermasalah juga ,cuba hubungan cara bukan penetrasi seperti berpelukan dan bercumbu. Hubungan intim bukan setakat hubungan secara penetrasi.

Kebaikan hubungan ketika mengandung. Ia merapatkan suami isteri. Hubungan intim ketika hampir bersalin, boleh memudahkan bersalin. Selain itu, hubungan intim ini juga bagus untuk merapatkan hubungan dengan bayi yang dikandung. Ketika hubungan ini hormon yang dikeluarkan boleh merapatkan hubungan dengan bayi.

Perlukan barang bersalin, bengkung, tungku, mandi herba dan set bersalin, sila layari www.mamadamia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *