Tip Kehamilan / Mengandung

Mengatasi masalah ketika trimester pertama mengandung

Perubahan citarasa makanan – Biasa terjadi ketika mengandung. Makanan yang biasa disukai menjadi tidak disukai. Atau mungkin sebaliknya pula yang berlaku. Ianya akan datang atau hilang bergantung kepada individu. Penyebabnya kurang diketahui tetapi berkemungkinan dari perubahan hormon yang berlaku.

Tiada masalah jika berlaku perubahan kepada makanan yang tidak memudaratkan. Jika terjadi perubahan seperti tidak suka makanan yang sihat perlu cari alternatif tukarkan ke makanan yang mempunyai nutrisi yang sama agar badan tidak kekurangan zat yang diperlukan.

Saya tidak suka makan mee, tetapi mengandung anak sulung saya suka makan mee dan tidak suka bihun.

Kepenatan – Badan ibu-ibu berkerja keras untuk membina persekitaran yang sihat untuk janin. Selain itu mungkin berpunca dari muntah dan kehilangan selera makan menyebabkan kurang tenaga dan nutrisi. Masalah ini akan hilang bila masuk trimester 2.

Tip-tip untuk mengatasi kepenatan
– Tidur awal
– Makan sedikit tetapi kerap sepanjang hari, pastikan makan makanan yang sihat.
– Minum banyak air untuk elak badan kekeringan
– Makan makanan yang boleh tingkatkan tenaga terutama waktu tengahari. Ini termasuk protein dan karbohiderat seperti nasi, ayam panggang.
– Makan makanan ringgan sepanjang hari seperti bijirin, biskut, buah-buahan

Morning sickness-Loya dan muntah. Walaupun dikenali sebagai Morning sickness ianya tidak berlaku di waktu pagi sahaja tetapi ia boleh berlaku bila-bila waktu pada hari tersebut. Ia berlaku kerana perubahan hormon dan petanda proses mengandung berjalan lancar untuk janin. Wanita yang loya dan muntah 60% tidak keguguran. Tetapi kepada ibu yang mengandung keadaan ini boleh menimbulkan masalah.

Mula mengalaminya dari minggu ke 2 ke 4 mula mengandung dan berakhir dalam bulan ke 3 mengandung. Perkara ini biasa berlaku dan sukar dikawal. Namun jika terjadi keterlaluan sehingga menyebabkan berat badan turun, kekeringan dan penghasilan ketone (merupakan toksik kepada janin) ianya dikenali ‘Hyperemesis Gravidarum’.

Tip-tip untuk mengurangkan simptom alahan
– Jauhkan dari makanan berbau kuat yang boleh menyebabkan loya
– Pastikan dapur mempunyai pengudaraan yang baik ketika memasak atau biarkan orang lain yang memasak
– Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan makanan kandungan tinggi lemak.
– Kunyah makanan perlahan-lahan
– Sebelum bangun dari katil waktu pagi, makan makanan seperti biskut kering, roti bakar atau bijirin kering
– Bila bangun dari katil, bangun dengan pelahan-lahan. Bangun dengan tiba-tiba boleh menambah rasa pening dan loya
– Minum antara waktu makan, jangan minum ketika sedang makan
– Cuba minuman yang boleh melegakan perut seperti air lemon atau air teh halia, teh peppermin. Cuba panas dan sejuk. Ada wanita lebih sesuai minum ketika panas, ada yang sesuai minum sejuk.
– Ambil kesempatan makan ketika anda rasa sihat dan makan makanan berkhasiat.
– Pil tambahan seperti Zat Besi dan pil prenatal kadang-kadang boleh menyebabkan loya. Pastikan ambil dengan makanan. Jangan hentikan tanpa nasihat doktor.

Seorang kenalan saya yang mengandung anak ketiga dan tidak mengalami morning sickness. Jadi dia bergerak aktif seperti kebiasaan hariannya, Ini menyebabkan dia keguguran ketika mengandung 3 bulan. Sebelum itu ketika anak pertama dan kedua dia mengalami morning sickness yang teruk tetapi tidak keguguran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *