Tip Penyusuan

Pakaian sesuai semasa menyusu susu ibu

Rancang pakaian ketika menyusu susu ibu untuk memudahkan dan memberikan keselesaan pada anda dan bayi anda. Bagi mereka yang pertama kali menyusu susu ibu, kurang pasti pakaian yang sesuai.

Pakaian anda perlulah pakaian yang mudah dibasuh, tidak mudah berkedut dan tidak perlu diseterika. Jadi apabila anda mengangkat baju, baju tidak berkedut dan menimbulkan rasa malu pula. Pilihan warna dan corak pula, pilih yang boleh menutup kesan tumpahan susu yang menitis. Semasa menyusu bayi, di sebelah payudara yang tidak dihisap mungkin akan menitis susu. Atau ke pejabat dan lambat memerah susu, susu pasti menitis dan membasahi baju.

Pakaian yang sesuai adalah blaus dipadan dengan skirt atau seluar panjang. Dan cari skirt atau seluar bergetah kerana bentuk pinggang mungkin mengambil masa untuk kembali ke asal. Cari blaus jenis berbutang atau sekarang banyak terdapat di pasaran pakaian menyusu yang mudah diselak dan menutupi payudara dan badan anda.

Bra, cari bra menyusu yang terdapat butang boleh dibuka di atas, juga banyak terdapat di pasaran. Jika anda menggunakan bra biasa, ini akan merosakkan bra anda. Anda perlu ada sekurang-kurang 3 helai. Untuk mengelakkan susu menitis anda boleh letakkan alas di dalam bra anda. Sama ada boleh letakkan saputangan atau beli alas bra berbentuk bulat yang dijual khas untuk mengawal susu dari menitis keluar. Terdapat jenis pakai buang atau boleh dicuci.

Selain itu, dapatkan kain untuk menutupi badan dan bayi anda sekiranya anda hendak menyusu di khalayak ramai. Semasa bayi berusia 1 ke 3 bulan, sekiranya lapar dia akan menangis berterusan sehingga mendapat susu. Jadi jika anda keluar, ada kala sukar mendapat tempat sesuai untuk menyusu. Kain ini amat berguna.

Selalu selepas pantang, saya selalu shopping mencari barang. Kerap kali berlaku bayi saya menangis tidak berhenti untuk menyusu. Kadang memalukan kerana orang akan memandang. Memang sukar memujuk bayi saya kecuali berikannya susu, baru dia diam.

Untuk pakaian menyusu, bra menyusu dan poncho menyusu boleh didapati di www.mamadamia.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *